Soalan Lazim 2

(bersambung dari lama Soalan Lazim)

13. Bagaimana nak mulakan bina badan?

Mulakan dengan diet yang baik. Tak guna jika kita berlatih hari-hari tetapi lemak masih tebal walaupun nampak besar. Mulakan dengan makanan rendah lemak, protein tinggi, karbohidrat seperti spagetti, pasta, buah-buahan, sayuran. Tambah kekerapan makan. Kalau biasa makan 3 kali sehari. Tukar ke 6 kali sehari. Elakkan gula, garam, alkohol, makanan segera dan lain-lain yang tidak sihat. Tidak perlu terus elak, kurangkan sedikit demi sedikit. Masuk laman Pelan Pemakanan.

Kursus Kecergasan 2021

Dapatkan ilmu daripada jurulatih berkelayakan, bukan kawan-kawan yang baru main 3 hari. Pelajari bagaimana melakukan setiap latihan dengan betul dan meminimumkan risiko kecederaan. Jangan dengar nasihat pelik-pelik untuk ambil dadah sukan dan sebagainya. Saya sering lihat mereka yang baru mula 2 minggu dah mula bertanya pasal steroid.

Dapatkan rehat yang cukup sekitar 6-8 jam sehari. Badan membesar atau dapat hasilnya ketika rehat dan bukan ketika latihan. Jadi tidak perlulah buat latihan sehingga 5 jam sehari dengan harapan untuk dapatkan hasil cepat. Ikut sistem latihan yang betul dan dapatkan kehidupan lain di luar. Masuk laman Tikus Gym.

Jika boleh simpan log latihan. Tuliskan berapa banyak set dan ulangan serta beban yang diangkat setiap kali latihan. Juga rekodkan berapa lama latihan kardio dengan intensiti. Rekodkan juga pemakanan harian. Tujuan menyimpan rekod untuk memastikan berada dalam landasan yang betul. Masuk laman Orang Baru.

14. Adakah melancap bawa kesan pada bina badan?

Masturbasi tidak bawa kesan buruk pada bina badan. Ada juga kebaikan pada masa tertentu. Masuk laman Masturbasi.

15. Saya berjoging seminggu 4-5 kali dan kehilangan sekitar 1kg seminggu. Sekarang saya menambah latihan bebanan sejak 2 minggu yang lepas. Selama 2 minggu ini berat saya tidak turun. Kenapa?

Apabila anda menambah latihan bebanan buat pertama kali dalam latihan, penurunan berat badan biasanya sangat perlahan atau berhenti disebabkan penambahan otot yang biasanya sangat cepat di peringkat awal. Otot dalam saiz yang sama dengan lemak memiliki 4 kali keberatan lemak. Tetapi jika anda lihat garis pinggang masih sama, ada kemungkinan bahawa badan sedang katabolisme dimana biasanya disebabkan limitasi dalam makanan harian. Latihan bebanan memerlukan kalori yang lebih tinggi. Kenapa kita perlukan otot? Peningkatan otot meningkatkan kadar metabolisme dan hasilnya lemak terbakar lebih cepat berbanding mereka yang hanya joging.

16. Apa masa terbaik untuk bersenam?

Terdapat pelbagai teori pasal masa bersenam. Ada yang kata pagi, paras testosteron lebih tinggi, tapi kajian terbaru pula menunjukkan petang sekitar jam 4 petang, paras testosteron lebih tinggi. Ada yang kata pagi disebabkan paras glikogen lebih rendah jadi senang untuk bakar lemak. Tidak ada kesimpulan yang jelas tentang masa terbaik bersenam lagi. Pada pandangan saya, seseorang yang bersenam lebih elok daripada yang tidak bersenam. Bagi yang bekerja mungkin tidak mempunyai masa di waktu pagi dan hanya boleh berlatih di waktu malam. Ikut kesesuaian masa anda. Cuma pastikan jadual pemakanan betul.

17. Boleh ke main berpasangan?

Boleh, tetapi tidak digalakkan berpasangan lebih daripada 2 orang. Kenapa? Bila lebih pasangan, otot kita akan berehat lebih dari yang sepatutnya. Apa perbezaan supporter dan spotter? Saya tidak galakkan bermain dengan seorang supporter kecuali betul-betul diperlukan. Spotter adalah seorang memerhati kita supaya tidak berlaku kesilapan yang boleh menjuruskan ke kecederaan.

18. Perlu ke pakai tali pinggang?

Kenapa ada orang pakai tali pinggang sebenarnya? Ada yang ingat pakai tali pinggang ini boleh kecil pinggang sampai tahap berlari atas treadmill pun pakai tali pinggang. 😀 . Tali pinggang dipakai sebagai sokongan untuk pinggang untuk ‘angkat berat’ yang melebihi kapasiti biasa. Jika daripada awal angkat bebanan, kita pakai tali pinggang, kita tidak akan membentuk kekuatan di pinggang kita. Tekanan akan bertumpu ke tali pinggang. Jadi untuk peringkat ringan jika boleh elakkan memakai tali pinggang.

19. Patutke saya buat latihan jika merasa letih?

Sering kali apabila anda letih sukar untuk memotivasikan diri untuk melakukan latihan. Sebagai orang yang bekerja berat di siang hari, sering kali ramai mengadu masalah ini pada saya. Namun berdasarkan pengalaman saya, kebanyakan yang paksa diri untuk berlatih biasanya adrenalin akan meningkat ketika latihan dan bersemangat untuk berlatih. Cuba paksa diri kecuali jika anda memang tak cukup tidur. Sebelum memulakan latihan, mulakan dengan memanaskan badan. Ambil masa sekitar 10-15 minit. Jika selepas memanaskan badan, masih tidak mempunyai mood, balik lah berehat. Kemungkinan minda tidak dapat fokus dan latihan membazir nanti.

20. Adakah angkat berat boleh membantutkan ketinggian? Anak saya berusia 13 tahun dan menunjukkan minat bermain gym.

Menurut kajian daripada American Academy of Pediatrics (Pediatrics Vol 107 No 6 Jun 2001 muka 1470-1472) menyatakan bahawa latihan bebanan tidak menjejaskan pertumbuhan bahkan menambah hormon tumbesaran pada kanak-kanak yang mula pada usia awal. Cuma yang perlu dijaga di peringkat awal ini adalah risiko kecederaan terutama di tendon, ligamen atau sendi yang tidak biasa mengangkat bebanan tinggi. Dapatkan jurulatih berkelayakan untuk melatih mereka di bawah usia 16 tahun. Arnold Schwarzenegger mula bermain ketika usia 11 tahun, tingginya 6 kaki 1 inci. :p

21. Bagaimana membentuk sixpack? Adakah perlu saya buat 1000 kali sit-up sehari?

Saya selalu menerima soalan hampir-hampir seperti ini. Saya nak tanya balik. Adakah bila kita makan lemak, kita boleh mengarahkan lemak itu berkumpul di satu tempat sahaja? Lemak akan berkumpul di banyak tempat di badan kita. Jadi seeloknya berlatih semua bahagian badan. Latihan bebenan bahagian badan yang lain juga menggunakan core-muscle termasuk perut. Jadi latihan bebanan yang cukup dan pemakanan yang baik akan membentuk 6 ketul di perut. Tak perlu sampai beribu kali bangkit tubi sehari.

22. Saya seorang model, sejak akhir-akhir ini, otot saya menjadi sangat besar, jadi nampak bulky. Macam mana untuk pastikan otot tidak terlalu besar?

Saiz otot bergantung pada pemakanan. Biasanya disebabkan latihan bebanan kita cenderung untuk makan lebih daripada biasa yang mana protein yang hadir akan terus membantu untuk membina otot. Untuk memastikan badan tidak terlalu besar, samada jaga kemasukan kalori atau lebihkan kardio atau mungkin kurangkan latihan.

23. Kenapa kita perlu makan berulang kali? Kenapa tidak elok mengambil gula?

Secara puratanya badan seseorang hanya boleh ada 5g kepekatan glukosa dalam darah sebelum insulin dirembeskan bergantung pada sensitiviti pankreas. Bila insulin dirembeskan, glukosa akan ditarik untuk disimpan di stor glikogen ni otot dan hati. Untuk orang yang aktif purate simpanan glikogen adalah sekitar 300-400g dan yang kurang aktif mungkin 100-200g. Hati sedikit sahaja. Bila stor ini dah penuh, otot tidak akan beri lagi glukosa ini masuk, pilihan yang tinggal adalah stor tisu adipos iaitu lemak. Lemak terlalu pemurah, dia boleh menerima seberapa banyak glukosa. Ibarat otot ini kawasan elit, yang terpilih sahaja boleh masuk, dan lemak kawasan setinggan semua boleh masuk. Bila gula segera masuk dalam badan, dah pasti insulin akan dirembeskan.

Bagi mereka yang tidak aktif, simpanan glikogen di otot tidak digunakan, jadi tiada pilihan lain, terpaksa ke kawasan setinggan iaitu lemak. Kenapa perlu makanan berulang? Pemakanan yang kerap, akan memastikan jumlah kemasukan glukosa tidak terlalu tinggi. Pemilihan makanan juga memainkan peranan. Karbohidrat seperti nasi, kandungan karbohidrat tinggi, iaitu 29g untuk 1 cawan. Itu kalau satu cawan, biasanya ramai yang kata tak cukup. :D. Karbohidrat seperti nasi basmathi cuma 16g untuk 1 cawan. Banyak lagi contoh karbohidrat. Kenapa perlu protein dalam setiap menu? Protein mempunyai TID yang tertinggi di antara semua nutrisi yang lain (karbohidrat dan lemak). TID adalah singkatan untuk Thermogenesis Induced by Diet. Setiap gizi perlukan tenaga untuk dicernakan oleh sistem pencernaan dan kemudian diserap ke dalam aliran darah. Tenaga yang badan gunakan untuk mencerna ini dipanggil TID. TID berbeza untuk setiap nutrien. TID untuk protein adalah 25%, untuk karbohidrat adalah 5% dan untuk lemak adalah 2%. Pemakanan protein dalam setiap menu meningkatkan metabolisme.

Akan tetapi jika tanya, adakah wajib makan kerap dan boleh boleh menaikkan metabolisme? Tidak ada satu kajian pun yang benar-benar menyokong kata-kata ini. Rujuk entri Corak Pemakanan.

Bersambung ke
Soalan Lazim 3
Soalan Lazim 4

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

130 thoughts on “Soalan Lazim 2

  1. Coxn Azhar says:

    bagaimana pula jika menghadapi selsema atau batuk..boleh ke g latihan seperti biasa sb dah banyak hari berehat..

    1. Zaki Khan says:

      masa ni kita apply neck rule, kalau simtom cuma di atas leher,selsema, sakit tekak, sakit kepala, boleh je nak training. tp kalau simtom dia bawah leher skali, mungkin sakit dada, dll. berehat la

      1. Aslm tuan,sye main angkat berat umur sye bru 16 , sye rse sye mcm dh trbantut. Cmne eh kalau nk kasi ketinggian sye naik seperti biasa?

        1. Lagi satu, setiap kali selepas sye angkat berat otot sye akan mmbesar , tpi dlm masa setengah jam otot sye aku turun balek then jdi mcm biasa je. Cmne eh?

      2. Salam.. Sy dalam proses nak bina otot.. Masa mula, lepas angkat berat otot rase sngt sakit nak gerak susah.. Lepastu bila otot dah recover then bila angkat berat lagi otot dah tak sakit.. Adakah itu normal dlm proses bina otot? Sbb dlm fikiran sy nak bina otot akan rasa sentiasa sakit bila lepas angkat berat

        1. Zaki Khan says:

          wslm. pada peringkat awal dorm teruk. lama kelamaan, bdn akan adapt.

    2. Asslm… Mcm mne nk atasi klu otot dada besar seblah? Dan mkan ap yg perlu sy ambil untk naikn otot dada…

      1. wslm. cuba selaraskan balik kekuatan. dominant sebelah side tu biasa, tapi jika terlalu ketara, kena betulkan. lebihkan latihan guna barbell. atau lebihkan pada bahagian yang lemah.

  2. terima kasih atas entri ini. byk membantu saya

    1. Zaki Khan says:

      terima kasih kerana membaca

  3. nak tanya sikit, ada org kata kalau nak besarkan bdn tak elok berlari. betul ke?

    1. Zaki Khan says:

      berlari boleh menyebabkan muscle loss, by research boleh cecah 8%. lg2 kalau x cukup protein. jd byk larangan berlari disebabkan kebanyakan org x cukup makan sbenarnya. tp perlu diinginkan kardio perlu dlm latihan. kalau boleh buat la paling kurang seminggu skali kardio training. jgn jd bodybuilder bdn besar, jantung kecik. 😀

      1. salam dato..macaman dengan skipping adakah sama dengan berlari tadi?

        1. skipping lg x digalakkan. heart rate jd terlalu tinggi.
          melainkan jika dimasukkan dlm program seperti tabata dan sebagainya. jika cara tradisional, lupakan.

          1. Sy memang suka buat cardio, sehari kalu xbuat, mcm ade y tak kena. ade pnduan pemaknan dak, dato, utk elakkan muscle loss ktika buat cardio slps main gym? biasa lepas main gym, buat cardio. kalu 6 kali smnggu main gym, 6 kali laa kardio. okay ke camtu dato?

  4. kop.azman says:

    nak tanya, kalau ada sakit lutut, baru lepas operate, boleh train ke?

    1. Zaki Khan says:

      bila operate? ACl ? PCL?

  5. salam,klu badan seseorng 2 pnh gemuk,then kurus ada msalah kulit berlebihn kat perut,ap y ptt dlkukan..cardio bnyk or weight traing bnyk?hope dpt mmbntu…kna ambl fat burner x(sdgkn target nk besarkn bdn bkn nk kurus tp xnk lbhn kulit)tq

    1. Zaki Khan says:

      btulkan kembali pemakanan. byk keje tu. vit E, vit C, glutatione, precnancy krim kena sapu. tambahan bleh sapu vit E skali. amik masa yg sgt lama

      1. tq for dats info,semoga terus berjaya dlm karier,,,blog y sngt bermanfaat=)

        1. lupa nk tnya,dkt mn leh dpatkn precnancy krim?2 bkn utk org mngndng ker?tq

          1. Zaki Khan says:

            kat farmasi ada. cocoa butter cream. org mengandung perut besar, tetiba kecik bila anak tu kluar. jd sama cam org gemuk tetiba kurus. tp amik masa yg agak lama. sabar skit. :p

          2. klu wat squat bleh tegang kan perut x?or kardio bnyk?bl x dato’ bg tips cmna nk dapat perut y normal kembli,xdapat 6 pax pn xapa…jnji normal(bkn gelebeh..tq dato’

          3. latihan bebanan menggunakan core muscle termasuk perut. jd ada membantu. nanti sy post special topik pasal ni bila balik dari jakarta. ok?

          4. tq bnyk2 dato’…sy tunggu topik 2..suma brg2 dato suggest da beli..tnggu nk tgk progress jer=)..

          5. Zaki Khan says:

            amik masa sikit la. slow2 buat. 😀

  6. good info mr zaki…amat membantu ni

    1. Zaki Khan says:

      :D.nantikan sambungannya

  7. Just thought i would comment and say neat design, did you code it yourself? Looks great.

  8. Zaki Khan says:

    tq. i only give idea

  9. dato…tumpang tnya..ap kesan2 klu amek danabol?

    1. Zaki Khan says:

      byk kesan, antaranya kesan jangka pendek, cam baran, jerawat, insomnia, tambah tekanan darah. kalau dose lebih n x jaga makan, boleh tambah fat percentage. kesan jangka panjang bg stress kat liver n posibility stress kat kidney skali. kalau saja2 main gym, plz dont consider steroid in diet program

      1. tq dato..klu btul2 serius?

        1. Zaki Khan says:

          i cannot recommend steroid. kang ada yg sue plak. :D. tp cuma nasihat je la, slagi boleh besar naturally, teruskan cara natural. kalau dah betul2 stuck n dah xde cara lain, baru fikirkan alternative. tp jgn la kalau baru main, dah nak try guna sbb x sabar nak besar. fikirkan kesan x baiknya skali.

  10. macam mane kalau kite melakukan seks sendirian (melancap) , ianya membawa kesan buruk kepada otot tak ? adakah ia akan makin mengecil dan perlu pergi ke gym untuk membesar kan nya semula ? atau adakah ia tak akan membawa kesan buruk kepada otot ?

  11. as salam dato…
    saya dari gemuk ke kurus..n baru berjinak-jinak dalam bina badan ni…
    saya nk tanya kenapa bahagian2 badan yang lain dah ade shape n muscle..tapi perut semakin lembik & gelebeh..diet dah…seat up pun selalu..senaman kardio 2 hari sekali..dan senaman2 lain pula hanya guna dumbbell saja..di mana silapnya 2 dato ??
    boleh bagi tips untuk keraskan bahagian perut ??

    1. akibat kesilapan diet, diet yg terlalu drastik. akan amik masa, utk hilang

      1. ada apa2 yg boleh membantu untuk hilangkan ??
        senaman atau apa2 product atau apa2 sajalah..

        1. cuba try cucuk gluthathione. atau pakai bengkung. senaman x dpt membantu sgt. biasanya kalau dibiarkan, akan amik masa utk anjal kembali. tp lama gak.

  12. kat mana boleh sy boleh dapatkan gluthathione 2 ??
    pharmacy ada ke dato ??

      1. agak2 brapa rate harganya ??

  13. and boleh terangkan x mcm mana gluthathione dgn bengkung 2 dapat membantu ??

    1. secara mudahnya, ia membantu bdn menaikkan paras collegen. collagen membantu dlm tegangkan kulit.

    2. pernah tgk org bersalin? petua melayu kata pakai bengkung selepas bersalin, utk kentalkan kulit kembali. secara x langsung, menipu bdn dan memaksa bdn kekal dlm bentuk itu (kulit). kulit x membesar dan mengecut secepat isi di dlm.

      1. ohho..i see..thanx a lot 4 the information

  14. kalau maen dumbell atas bahu,bole terbantut kew??saye slalu maen dumbell dan rasa macam x boleh nk tinggi lagi…

  15. mlancap ade kene mengene ke ngan lutut atau kaki?

    1. mungkin ya, mungkin tidak. activity seksual menggunakan byk kalori.

  16. dato klu nk bli dumbell 10 kg 2nd kat ne ah? satu lg, klu bru biase bape ah?

    1. jrg jual dumbbell 2nd hand sikit2 ni, try tgk dkt mudah. baru dlm range 70

  17. salam….dato sy orng baru,bagaimana nak sy mulakan untuk membina otot.boleh tak dato,email senarai pakej dengan tenaga pengajar.nak tengok bajet dulu.berat 115kg,tinggi 183cm,umur 29taun.bagaimana nak mula..terima kasih.

    1. rm 750.00 5 sesi tue macm mana yer.? adakah 5 kali datang ?

  18. abg salam , umur saya 14 saya sedang training untuk mendapatkan six pack………..sehari saye buat 40 pushup 70 sit up…………dah sebulan saya buat…..tapi saya tak dapat hasil……perut saya still buncit………

  19. en zaki,sy nk tanya sy sudah menceburi dlm bidang gym dlm 2 tahun skrg ni bile sy workout main bench press pergelangan terasa amat sakit adakah mungkin otot koyak dan cara rawatan jikalau ia berlaku

    1. mungkin disebabkan injury yg menghadkan pergerakan. dah cuba terapi atau massage?

  20. Salam tuan, nk tanya., mcm mn nk tau badan seseorang tu catabolik ke tak?

    1. susah nak measure tp indicator yg mudah, bila bdn xnak besar dan makin kecut.

  21. slam abg, sye umur 13 tahun..klau pumping tiap2 hari 30 kali sehari boley terbantut ke ketinggian saya

  22. salam. jika saya minum mass gainer pastu sy mkn pil stanabol x selepas workout ok tak? ke hanya pilih salah satu sahaja.

  23. farid izzuddin says:

    Salam dato’ nak tanya macamana sy nk seimbang kan saiz otot bicep sy adakah normal jika sebelah sedikit menonjol..sy tangan kanan..tangan kiri jarang guna utk kerja berat..tp bila main gim bicep kiri lebih menonjol berbanding kanan..mohon tunjuk ajar ya

    1. wslm. mmg normal utk dominant side. cuma jgn terlalu ketara beza.

  24. Asalam abg, umur saya 16 . Nak Tanya lepas melancap dalm hari yg same boleh sambong workout?

    1. boleh. pastikan kalori mencukupi. kalau boleh elakkan dan cepat2 berkahwin.

  25. Saya seorang pemain bolah speak..saya ingin kaki Yang kuat Dan berotot yg besar…bahaimana caranya?

    1. soalan agak general. kena buat conditioning seluruh badan, termasuk kaki, core, n bahagian atas badan. cuma masalah pemain bola sepak, periodization more to endurance. fasa hypertrophy ada juga, power pun ada, cuma setiap hari endurance utk maintain endurance. capacity endurance drop selepas 24 jam.

  26. Mr zaki,sye bru main gym,sye nk besarkan lengan dulu,sye pergi 3x sminggu,isnin,rabu,jumaat,stiap kali pergi saya akan workout otot lengan,btol ke cara yg saya buat? Atau salah? Atau kena btolkan sikit? Mntak tlong mr zaki tlong jelaskan

  27. Hi . Umur sya 14 thn . Tinggi 169cm . Berat 46kg . Sya biasa lakukan senaman sekali seminggu . Adakah tinggi sya akan terbantut . Senaman yang biasa saya lakukan push up , crunches , squat , burpee adakah ini boleh menyebabkan lambat tinggi .

  28. nk tnya ni klo seorang to perokok tegar adakah boleh membantutkn pertumbuhan? dan badan masih boleh mengembang ke klo merokok ?

  29. nk tnya ni .. klo ssorang to perokok tegar adakah boleh menyebabkn pertumbuhan terbantut? dn adakah badan masih boleh mengembang

  30. Kalau buat calistechnics workout pada umur 15 tahun terbantut tak ketinggian ?

  31. aizat aieril says:

    Salam dato macam mane nak tiruskan pipi yg macam pau

  32. aizat aieril says:

    Salam dato kalo nak tiruskan pipi macam maner yer

  33. muhamad hafiz says:

    salam dato..sy nk tnya.sebulan lepas saya dh xmain gym..sekarang perasan badan makin kurus dari yg asal sebelum main gym..mmg normal atau dia akan kembali berisi sedikit seperti mula2 sebelum saya mula gym dlu..atau sy perlu main gym balik utk kembali berisi?

    1. wslm. dia akan ke badan gemuk jika mula dari gemuk. jika kurus, ada possibility kalori rendah.

  34. Salam dato, sye sdang usaha nk wat sixpack n petak kt dada, adakah ini boleh mmbantutkan tggi?

  35. Bagaimana jika saya ketagih dgn onani ttpi saya sering bersenam Dan fit?? Adakah ini ttp akan mngurangkan kesuburan saya

  36. Nak tanya sikit.. Masa saya sedang training nk ad six pack.. Perut saya ad rasa sedikit sakit lebih² ketika ketawa dan sebagainya.. Adakah itu tanda yang buruk ataupun sebaliknya?..

  37. Salam….adkah kalau buat six pack awl sehingga ada sixpack …boleh terbantutkan ketinggian badan?

  38. Salam tuan adakah onani ade kena mengena dengan ketinggian atau proses nak tinggi

  39. Salam dato, sebelum ni saye badan berisi perut boroi. Skrang dah kurus slim. Selain whey protein.Kalau saye ambil protein mass. Adakah badan saye akan gemok perut buncit. Mass tinggi kalori kan dato. Saye just nak padu and besar kan otot. Adakah saye kena jaga kalori.

  40. Selalunya kalau orang selepas latihan akan mengambil protein shake.Boleh tak saya gantikan dengan mengambil telur selepas latihan angkat berat untuk mengantikan dengan protein shake.

  41. Saye baru berumur 20 tahun bole ker saye tinggi lagi

  42. Satu lagi saye ade basikal fixie saye tinggi kan kan Sit untok dpt kaki Yg panjang bole ker??

  43. salam dato’..saya nak tanya..berapa lama masa untuk lemak pada perut berkurang..setiap hari saya buat exercise melalui app workout..dah sebulan tpi hasil kurang baik

  44. Syed luqman hakim says:

    Assalam..nk tnye..mcm saya berumur 16 tahun bru start main gym perlu ke saya amik protein untuk tambah berat bdn saya?

  45. macammane nak besarkan otot betis

  46. Asalam saya umur 19 kurus berat saya 55kg saya main dumbell dan telah ubah pemakanan saya tapi kenapa masih tidak besar ya otot saya? Saya focus pada otot bicep saja tapi tidak membesar pun..

    1. slm. mungkin masih x cukup sebab metabolisme tinggi. n training x stimulate otot tersebut.

  47. Sy nk tnya, boleh ke satu hari saya buat dua kali exercise? 6-7Petang saya jogging dan 9-11malam saya workout.

  48. Adakah protein dalam dada ayam kecil sama dengan dada ayam besar??

  49. Maksudnya jika saiz dya besar… Protein dya lagi byk ke??

  50. Satu lagi klau lepas workout x minum whey protein…Tapi makan nasi dengan ayam ….Boleh ke??

  51. Assalamualaikum,saya ingin bertanya dua perkara datuk.
    1.Kenapa saya selalu berjoging tapi mereka yang tak pernah bersenam boleh lari lagi jauh dan laju drpd saya?apa perbezaannya?adakah mereka rendah dn saya tinggi?tapi usain bolt tu tinggi dan laju.Saya siap makan whey protein lagi lepas bersenam..
    2.Saya sering kelihatan pucat seperti orang sakit walaupun saya tak ada sebarang penyakit.Baik mahu memulakan latihan dan sedang latihan.Hari2 biasa pun tetap nampak pucat jadi nak cover tu pakai gincu .Pelik jugak,saya makan supplement tapi masih pucat.Stress jgak memikirkannya..terima kasih datuk

    1. Zaki Khan says:

      wslm.

      1. adakah mereka boleh buat long distance yg sama? lari laju mungkin disebabkan ototnya lebih kuat due to kerja harian, ataupun muscle memory yg lama.
      2. mungkin kalori terlalu rendah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: