6 Tip Berhenti Merokok
Selamat tahun baru semua. Semoga tahun 2019 ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini. Berita gembira bagi kita tahun ini adalah larangan merokok di kedai makan dengan jarak 3 meter daripada kedai makan. Semoga ianya dapat diimplikasi dengan jayanya. Kasihan mereka yang terpaksa hidu asap rokok daripada perokok pertama.
Entri saya hari ini bertumpu pada topik bagaimana berhenti merokok. Mungkin ada yang berazam untuk berhenti merokok tahun ini.
1. Buat Perancangan
Anda kena rancang bagaimana nak berhenti. Bagi perokok tegar, bukan mudah nak terus berhenti. Anda boleh mula kurangkan, rangka pelannya. Jika anda tidak mampu buat sendiri, dapatkan bantuan mereka yang terlibat dalam kempen anti rokok, mungkin doktor perubatan dan sebagainya. Ada pelbagai jenis rawatan seperti Terapi Penggantian Nicotine.
2. Kekal Sibuk
Cuba pastikan diri sendiri sibuk sehingga tak rasa nak merokok. Tambahkan aktiviti seperti bersenam, berjalan, kunyah chew gum, minum air, masuk ke tempat tak boleh merokok seperti panggung wayang dan sebagainya.
3. Elakkan Penyebab
Elakkan apa-apa yang boleh menyebabkan anda merokok seperti simpan rokok dalam poket, elakkan minum kopi yang boleh menyebabkan anda rasa menggigil. Berkawan dengan mereka yang tidak merokok. Berhenti berkawan dengan perokok.
4. Kekal Positif
Bukan senang nak berhenti merokok. Kena sentiasa positif dalam usaha tersebut. Jika terkandas, jangan kecewa, teruskan. Bagi hadiah pada diri sendiri jika berjaya berhenti merokok dalam satu jangka masa.
5. Sistem Sokongan
Jangan bertindak seorang. Beritahu kawan dan ahli keluarga supaya mereka menyokong.
6. Dapatkan Bantuan
Jika perlu, dapatkan bantuan perubatan. Terdapat banyak ubat yang bantu dalam proses berhenti merokok seperti varenicline, bupropion, nortriptyline, clonidine, dan sebagainya. Minta doktor preskrip untuk anda.




