Peluh Berbau Hancing Ketika Bersenam
Ada kalanya ketika bersenam atau buat kerja berat, peluh kita berbau seperti ammonia atau hancing. Ia boleh jadi disebabkan diet tinggi protein, atau diet terlalu rendah protein, senaman yang melampau, atau mungkin juga masalah buah pinggang.
Peluh adalah proses penyejukan badan. Peluh juga bantu lembabkan kulit. Apa yang ada dalam peluh?
- air
- sodium chloride
- potassium
- calcium
- ammonia
- urea
- lactate
- ethanol
Ada 3 jenis kelenjar peluh iaitu eccrine, apocrine dan apoeccrine. Kelenjar eccrine paling banyak di badan kita. Peluh yang dihasilkan tidak berbau. Kelenjar apocrine ada di beberapa tempat spesifik seperti di tetek, muka, kulit kepala, perineum dan ketiak. Peluh daripada kelenjar ini biasanya berbau. Ia tinggi gula dan ammonia.
Kelenjar apoeccrine juga ada di ketiak. Biasanya merembeskan peluh dalam bentuk air garam. Peluh daripada kelenjar ini tidak bantu menurunkan suhu badan disebabkan bukan senang peluh nak hilang daripada ketiak.
Apa itu ammonia? Ia adalah sebatian NH3 yang tidak berwarna, mengandung kompaun nitrogen dan hydrogen. Ia ada bau yang kuat. Badan kita akan menghasilkan ammonia apabila memecahkan protein kepada asid amino. Hati akan menukar ammonia ke bentuk urea yang akan dikeluarkan melalui kencing atau peluh.
Bila pengambilan karbohidrat terlalu rendah, badan mula menggunakan protein sebagai sumber tenaga. Ia boleh jadi daripada sumber makanan atau otot. Rugi jika otot mula terbakar. Dehidrasi air juga boleh jadi penyebab peluh berbau ammonia. Badan perlukan air untuk keluarkan ammonia melalui peluh.

Ada beberapa penyakit dikaitkan dengan peluh berbau. Ia mungkin petanda kegagalan buah pinggang berfungsi menyingkirkan urea. Bila urea gagal dibuang sepenuhnya, ia bleh masuk ke salur darah. Ia adalah keadaan yang dipanggil uremia. Petanda serius kerosakan buah pinggang.
Selain itu, penyakit diabetes kritikal, diabetes ketoacidosis juga boleh menyebabkan badan berbau. Badan dipaksa menggunakan lemak sebagai sumber tenaga disebabkan tak cukup insulin untuk guna glukosa. Badan akan hasilkan bahan buangan iaitu ketone. Ketone yang dipanggil acetone menyebabkan nafas dan badan berbau. Apabila tahap ketone terlalu tinggi, ia boleh jadi membahayakan nyawa.
Hyperhidrosis adalah kondisi di mana seseorang peluh berlebihan melalui kelenjar eccrine. Bila peluh berlebihan, badan berkemungkinan berinteraksi dengan bakteria dan seterusnya menyebabkan bau badan.
Selain itu, ada juga jangkitan-jangkitan lain yang boleh menyebabkan bau badan. Banyak sebenarnya faktor yang mempengaruhi bau badan. Jika teruk, dapatkan rawatan segera. Jumpa doktor.
Rujukan



