Penipuan Makanan Bebas Gluten

Bebas daripada gluten
Gluten merbahayakan kesihatan

Sejauh mana kebenarannya? Ramai yang sarankan untuk elak makanan tinggi gluten ketika ber’diet’. Makanan tinggi gluten dijadikan punca kenapa ada orang gagal turunkan berat. Ianya juga dijadikan mangsa dalam kes dementia, kemurunan, autism, ADHD dan sebagainya. Kesian gluten jadi mangsa dalam semua kes.

Gluten adalah komposit protein yang beri rupa pada bijirin seperti gandum dan barli. Ia biasa dijumpai dalam makanan seperti roti, pasta, pizza dan cereal. Memang betul, ada sebahagian dengan penyakit celiac berdepan masalah alergi dengan gluten.

Kenapa tiba-tiba popular dengan diet bebas gluten?

Ia merupakan 1 cabang industri makanan yang buat duit. 99 peratus daripada kita tak perlukan pun makanan bebas gluten, tapi kita berbelanja lebih 4.2 billion setahun di USA. Tak jumpa pula data berapa jumlah perbelanjaan di seluruh dunia.

10 tahun lepas, sukar untuk kita tengok produk yang dilabel, bebas gluten kecuali melihat pada fakta nutrisinya. Kini kita boleh jumpa di mana-mana, produk beban gluten. Trend takut gluten menguntung pengilang makanan.

 

Kursus Kecergasan 2025

Siapa yang patut elak gluten?

Mereka dengan penyakit celiac. Symptomnya seperti;

  • cirit birit
  • sakit perut
  • penurunan berat badan
  • selera makan merosot
  • perut kembung dan rasa kenyang
  • rasa gatal

Walau bagaimana pun, ianya mungkin petanda penyakit lain. Dapatkan pengesahan dengan doktor dahulu. Anda mungkin ada masalah bukan disebabkan gluten seperti penyakit Crohn’s atau irritable bowel syndrome.

Tiada data menunjukkan elak gluten, kesihatan jadi lebih baik. Elak gluten juga tak bantu anda turunkan berat selagi mana anda masih makan berlebihan.

Rujukan

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: