Kenapa Plank Seminit Terasa Seperti 5 Minit?

Pernahkah anda rasa yang latihan berjalan atau berlari atas treadmill atau melakukan latihan plank terasa seperti mengambi masa terlalu lama. Ramai antara kita pasti terfikir kenapa 30 minit berlari atas treadmill rasa seperti berlari 2 jam. Jom baca artikel kali ini yang membahas tentang persepsi masa sewaktu melakukan senaman.Konsep masa telah menarik perhatian orang selama berabad-abad, dengan ahli falsafah dan saintis kuno hingga moden tidak dapat bersetuju sepenuhnya dengan definisi dan ciri-ciri konsep itu.(1) Dengan penciptaan jam atom dengan ketepatan nanosaat, masa dianggap oleh ramai orang sebagai ukuran objektif yang tepat. Walau bagaimanapun, menurut teori relativiti Albert Einstein, masa adalah relatif. (2)Persepsi waktu semasa senaman mungkin dipengaruhi oleh intensiti yang dipilih, dan mungkin juga menjejaskan keseronokan bersenam dan pematuhan kita untuk menyelesaikan sesi senaman kita. Konsep masa sama ada dipertimbangkan melalui teori ilmu fizik atau fisiologi adalah ukuran yang relatif. Perubahan dalam persepsi waktu boleh memberi implikasi serius dalam sukan, kecergasan dan juga kerja.(3, 4)

Bukan itu sahaja, malahan distorsi atau herotan masa mungkin memainkan peranan dalam pematuhan senaman. Individu mungkin tidak berminat untuk meneruskan aktiviti senaman yang sihat yang kelihatan berlarutan.

Dua teori utama iaitu teori jangkaan skalar dan model frekuensi denyutan striatal menekankan persepsi jumlah aktiviti dalam satu tempoh waktu dan fungsi neurotransmitter dalam mengaktifkan dan menyelaraskan struktur kortikal tubuh kita. (4)

Selain itu, senaman boleh berinteraksi dengan beberapa faktor lain dalam perasan herotan masa, termasuk umur, jantina, suhu badan, keadaan kesihatan dan kecergasan, kepekatan mental dan tahap intensiti senaman.

Time Perception Models (Persepsi Masa)
Scalar Expectancy Theory (SET) Striatal Beat Frequency Model
Pemasa skalar atau teori jangkaan skalar (SET) ialah model proses yang mengawal tingkah laku kita yang dikawal oleh masa. Model ini diumpamakan dengan tubuh kita mempunyai satu sistem jam dalaman yang dikaitkan dengan memori dan proses mengambil keputusan. (5)

 

Ia boleh dihipotesiskan bahawa rangsangan yang disebabkan oleh senaman menghasilkan kesan model SET, menyebabkan herotan masa semasa latihan.

Pada permulaan selang atau interval masa yang akan ditetapkan, model ini menjelaskan yang cortical oscillators ditetapkan untuk mereset fasa wajtu tertentu dan, pada pengimbangan selang, keadaan cortical oscillators ini dibaca oleh medium spiny neurons yang terletak di striatum.(6)

 

Model ini juga menjelaskan bahawa kelajuan jam ditentukan oleh tahap aktiviti dopamin-glutamat dalam substansia niagra compacta dan laluan kawasan-kortikal ventral-tegmental.(6)

 

Kursus Kecergasan 2025

 

 

 

Faktor Fisiology yang Memberi Kesan terhadap Persepsi Waktu Semasa Bersenam.

  1. Faktor usia:

Orang dewasa sering mengenang betapa cepatnya masa berlalu, dan betapa masa semasa zaman kanak-kanak mereka kelihatan lebih perlahan berlalu. Aduan biasa ini diketahui secara meluas sehinggakan ia seolah-olah telah diterima dalam masyarakat sebagai fakta: semakin meningkat usia, waktu berlalu lebih cepat. Kesan penuaan mudah diperhatikan dengan perubahan deria, perubahan kognitif dan kehilangan kekuatan yang berbeza-beza dalam keterukan untuk warga tua.(7)

 

  1. Faktor jantina:

Perbezaan jantina dalam persepsi masa semasa senaman telah dikaji oleh Hanson et al. Hanson dan Buckworth memeriksa 11 pelarii lelaki dan 11 wanita, yang diarahkan untuk berlari 75% daripada purata jarak larian harian mereka pada kadar yang dipilih sendiri (iaitu, jika purata larian harian mereka ialah 10 km, peserta berlari 7.5 km). Para peserta tidak dimaklumkan tentang sebarang masa atau jarak jarak yang berlalu dan hanya diberitahu apabila mereka telah mencapai titik akhir jarak. Keputusan menunjukkan bahawa wanita berlari pada kadar pilihan sendiri yang lebih tinggi daripada lelaki, tetapi juga menghasilkan anggaran masa yang jauh lebih rendah. Oleh itu, wanita menganggap masa berlalu dengan lebih perlahan daripada rakan lelaki mereka.(3)

 

  1. Individu atau atlet terlatih:

Mungkin diandaikan bahawa orang yang terlatih mempunyai persepsi yang lebih tepat tentang masa semasa bersenam. Kesan ini mungkin disebabkan oleh pengetahuan tempoh tugas. Ini tidak merujuk kepada pembiasaan yang berlaku dengan pengulangan tugasan tetapi hakikat bahawa seseorang boleh mengekstrak pengetahuan khusus tentang tempoh tugas, selepas latihan bertahun-tahun . Atlet elit sering menerima maklum balas berulang pada masa dan tempoh, maklum balas ini membolehkan mereka memperoleh maklumat kritikal tentang tempoh tugas yang kemudiannya boleh digunakan untuk menganggarkan masa dengan lebih cekap. (8)

 

  1. Pengaruh Psikologi dan Emosi

Pasti ramai antara kita pernah merasa yang masa berlalu dengan cepat apabila kita berseronok, kerana persepsi waktu menjadi semakin pantas apabila anda mengalami keseronokan dan motivasi yang tinggi. Dengan keadaan emosi yang positif, pengalaman masa nampaknya dipercepatkan. Ini mungkin dikaitkan dengan aspek perhatian, yang mengganggu proses model akumulator perentak jantung. (7)

 

  1. Bunnag AJKJoSS. The concept of time in philosophy: A comparative study between Theravada Buddhist and Henri Bergson’s concept of time from Thai philosophers’ perspectives. 2019;40(1):179-85.
  2. Einstein AJAdp. Zur elektrodynamik bewegter körper. 1905;4.
  3. Hanson NJ, Buckworth JJIjoes. Sex differences in time perception during self-paced running. 2016;9(4):514.
  4. Behm DG, Carter TBJFiP. Effect of exercise-related factors on the perception of time. 2020;11:770.
  5. Grondin SJA, Perception,, Psychophysics. Timing and time perception: A review of recent behavioral and neuroscience findings and theoretical directions. 2010;72(3):561-82.
  6. Meck WHJB, cognition. Neuropsychology of timing and time perception. 2005;58(1):1-8.
  7. Jaul E, Barron JJFiph. Age-related diseases and clinical and public health implications for the 85 years old and over population. 2017;5:335.
  8. Edwards AM, McCormick AJP, behavior. Time perception, pacing and exercise intensity: maximal exercise distorts the perception of time. 2017;180:98-102.
Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: