Turun Berat 125kg Dengan Berpuasa
Pada tahun 1965, Angus Barbieri (27) Berjaya puasa selama 382 hari. Beliau berjaya tahan diri daripada makan dan turun berat sebanyak 125 kilogram dalam jangka masa setahun 17 hari. Ya, tanpa makanan. Beliau berpuasa daripada 14 Jun 1965 hingga 30 Jun 1966.
Barbieri dilaporkan bosan dengan dirinya yang gemuk, seberat 207kg Ketika timbang di Universit Department of Medicine, Royal Infirmary of Dundee. Diet beliau dipantau oleh doktor di sana. Jangan anda pula suka-suka ikut tanpa pemantauan. Beliau selalu ke Maryfield Hospital untuk penilaian.
Bagi mengelakkan Barbieri kekurangan nutrisi, dia diberi multivitamin, potassium, sodium dan yis. Dalam masa sama, beliau amalkan minum teh, kopi, dan minuman tanpa kalori lain seperti air sparkling.

Badan Barbieri mula menerima kondisi tanpa makanan dan bakar lemak sebagai sumber tenaga. 8 bulan pertama, paras glukosa beliau sangat rendah, sekitar 2 mmol/l. Bulan-bulan terakhir diet, beliau mula mengambil sedikit gula atau susu yang dicampur dalam teh dan kopi.
Barbieri dilaporkan ke tandas berak sekitar 40-50 hari sekali. Tiada makanan untuk diproses.
Barbieri berhenti berpuasa apabila Berjaya cecah berat idaman beliau, 82kg bersamaan dengan 180lb. 10 hari selepas berhenti berpuasa, doctor beri beliau diet garam dan gula untuk menyediakan badan Kembali mengambil makanan solid. Makanan pertama beliau, telur rebus dan roti mentega.
Sehingga hari ini, Barbieri pegang rekod dalam The Guinness Book of Records, puasa terpanjang pernah direkodkan. Data pada tahun 1973, beliau Berjaya kekal berat badan sihat, sekitar 89kg.
Kisah ini ditulis bukan untuk galakkan puasa tanpa makanan. Ia cuma nak tunjuk manusia boleh hidup tanpa makanan untuk tempoh yang lama. Jangan sesekali buat diet sebegini tanpa pemantauan doctor atau pakar.
Rujukan




