Kai Greene di Ban daripada Mr Olympia 2015
Kai Greene di ban daripada bertanding Mr Olympia tahun ini. Ini merupakan kejutan pada sukan bina badan pada tahun ini. Saya bukan peminat Kai Greene. Saya lebih meminati Phil Heath, akan tetapi pada pendapat saya, tidak patut seorang atlet hebat di ban pada saat akhir. Ini bukan kali pertama sebenarnya IFBB ban seorang atlet. Sebelum ini, Serge Nubret, Lee Priest, Milos Sarcev dan banyak lagi pernah di ban dengan pelbagai alasan.

Kai Greene di ban dengan alasan pendaftaran lewat. Terdapat juga sumber mengatakan bahawa, Kai Greene bergaduh apabila permintaannya minta tapak ekspo 20×20 secara percuma ditolak. Akan tetapi, sumber ini belum disahkan. Menurut satu sumber lagi, Kai Greene bukan minta tapak percuma akan tetapi ingin bayar tapak tapi ditolak.

Saksikan video penjelasan daripada Kai Greene.
ZK: Tahun ini rasanya Phil Heath akan menang tanpa cabaran. Kita tengok nanti, adakah atlet lain mampu beri cabaran. My Olympia 2015 dijadualkan pada 17 hingga 20 September ini.
Saksikan info lanjut daripada Kai Greene di laman facebook beliau.
https://www.facebook.com/OfficialKaiGreene?fref=ts




