Atlet Mesotropin
Sebelum ini, Mesotropin cuma taja saya untuk 1 pertandingan. Kini saya bersetuju untuk tanda tangan kontrak tajaan penuh sebagai atlet Mesotropin setelah melalui beberapa sesi perbincangan dengan pihak Mesotropin.
Pada peringkat awal, seperti kebanyakan orang, saya agak skeptikal juga dengan produk keluaran tempatan. Adakahnya ianya berkualiti? Adakah ianya mampu bersaing dengan produk luar negara. Saya diberi tempoh untuk mencuba produk Mesotropin iaitu M-sotropin dan Hydro Whey.
Saya rasa tak selesa dengan kebanyakan produk disebabkan kehadiran lactose kecuali jenis isolate. Hydrowhey Mesotropin non dairy produk. Saya ambil 4 hingga 8 serving sehari tanpa sebarang masalah. Saya juga gunakan M-sotropin sebagai sumber tenaga dan testo booster. Saya baru menggunakan produk ini dan setakat ini, maklum balas yang baik. InsyAllah saya akan kemaskini dari semasa ke semasa kesan penggunaannya.
Paling penting bagi saya, majoriti produk di pasaran, halalnya diragui. Saya sebagai seorang muslim mencari produk halal. Bukan setakat nak dapatkan hasil. Mesotropin terbukti halalnya.
Mesotropin nak minta saya tarik AirAsia. Mampukah saya? Berpeluh jap. 😀





