Arnold Classic Asia 2016
Arnold Classic Asia buat kali pertama bakal berlangsung di AsiaWorld-Expo, Hong Kong bermula 19 hingga 21 Ogos ini. InsyAllah, saya akan bertanding mewakili Mesotropin Malaysia dalam sukan Strongman Amatur bagi kategori di bawah 105kg.
Rutin Arnold Classic Strongman Amatur:
Kalau tengok daripada rutin, insyAllah boleh buat. Cuma antara laju tak laju. Saya tak dapat bayangkan akan berdepan siapa lagi kecuali beberapa atlet 105 disekitar sini. Belum dapat bayangkan kekuatan mereka. Tak berani nak letak sasaran besar. Apa-apa pun, saya akan buat yang terbaik.
InsyAllah, jika diizinkan saya akan buat live coverage di facebook saya:
https://www.facebook.com/www.strengthsifoo.com
Laman web rasmi Arnold Classic Asia
http://arnoldclassicasia.com/
Saya akan bertolak ke Hong Kong esok, Rabu 17 Ogos. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Mesotropin Sdn Bhd atas tajaan ke pertandingan antarabangsa. Mesotropin banyak membantu saya ke sehingga ke peringkat antarabangsa ini.




