Arnold Classic Asia 2016

Arnold Classic Asia buat kali pertama bakal berlangsung di AsiaWorld-Expo, Hong Kong bermula 19 hingga 21 Ogos ini. InsyAllah, saya akan bertanding mewakili Mesotropin Malaysia dalam sukan Strongman Amatur bagi kategori di bawah 105kg.

Rutin Arnold Classic Strongman Amatur:

Arnold Classic Asia

Kalau tengok daripada rutin, insyAllah boleh buat. Cuma antara laju tak laju. Saya tak dapat bayangkan akan berdepan siapa lagi kecuali beberapa atlet 105 disekitar sini. Belum dapat bayangkan kekuatan mereka. Tak berani nak letak sasaran besar. Apa-apa pun, saya akan buat yang terbaik.

InsyAllah, jika diizinkan saya akan buat live coverage di facebook saya:

https://www.facebook.com/www.strengthsifoo.com

Laman web rasmi Arnold Classic Asia
http://arnoldclassicasia.com/

Saya akan bertolak ke Hong Kong esok, Rabu 17 Ogos. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Mesotropin Sdn Bhd atas tajaan ke pertandingan antarabangsa. Mesotropin banyak membantu saya ke sehingga ke peringkat antarabangsa ini.Kursus Kecergasan 2025

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: