Kelebihan Urutan Sukan

picture of couple in spa salon getting massage

Siapa yang tak suka diurut? Balik daripada kerja, letih-letih, dan sakit badan sana sini. Kalau ditawarkan urutan untuk menangkan fikiran dan merehatkan badan, saya tak rasa akan ada yang tolak. Jadi, bagaimana pula dengan urutan sukan? Adakah urutan ini khas untuk mereka yang bersukan sahaja? Orang biasa tidak boleh dapatkan urutan ini kah?

 

Urutan sukan adalah untuk semua. Dalam dunia urutan, ada macam-macam jenis urut seperti urutan Swedish, deep massage, urutan sukan, dan urutan untuk meredakan trigger points. Yang mana paling sedap? Semuanya menyenangkan badan anda, tidak kira untuk orang bersukan ataupun tidak!

Kursus Kecergasan 2025

Kenapa Urutan Begitu Berkesan?

Urutan bukan sahaja menangkan otot-otot yang tegang (akibat stress mahupun kerja berat), malah ia menangkan fikiran (emosi dan mental). Banyak kajian yang membuktikan urutan turut merangsang rembesan hormon endorphin, iaitu sejenis hormon yang buat kita gembira.

 

Ada satu lagi kajian di mana mereka mengkaji kesan urutan yang dilakukan sejurus anda habis berlatih di gym. Apa yang mereka dapati adalah badan anda merembes sejenis lagi bahan dipanggil PGC-1alpha dan ini mempercepatkan lagi proses pemulihan otot!

 

 

Kelebihan Lain Urutan Sukan

Selain daripada memiliki kelebihan yang banyak pada atlit-atlit (mahupun penggemar gym dan senaman luar), urutan turut digunakan sebagai satu inisiatif untuk merawat penyakit-penyakit lain. Antara kelebihan lain mendapatkan urutan adalah:

  1. Mengurangkan rembesan hormon stress (kortisol).
  2. Mengurangkan tahap keradangan daripada kecederaan.
  3. Mengurangkan sakit belakang dan sakit sendi.
  4. Merawat penyakit kronik (otot dan sendi).
  5. Membantu untuk dapatkan tidur yang mantap.
  6. Melawan infeksi kuman, virus, dan bakteria.
  7. Mengurangkan risiko migraine.
  8. Merendahkan tekanan darah.
  9. Membantu wanita yang sedang mengandung.

 

Anda boleh dapatkan urutan sukan daripada fisioterapi terlatih. Malah, ada juga pusat-pusat urutan sah yang turut menawarkan jenis urutan ini. Saya syorkan anda pergi sekali dahulu untuk mencuba. Tetapi, biasanya apabila dah cuba sekali mesti nak lagi, kerana ia sangat berbaloi!

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: