Air, air, air!

Aang si avatar sedang 'bermain' dengan air.

Tubuh manusia terdiri daripada 55 sehingga 75 peratus air, bergantung kepada saiz dan komposisi badan. Salah satu kelebihan yang paling besar untuk mendapatkan air yang cukup setiap hari adalah mengelakkan dehidrasi, dimana air sangat penting untuk menyokong fungsi-fungsi penting sistem biologi.

Kepentingan air

Air mempunyai terlalu banyak manfaat dan kebaikan dari segi kesihatan, antaranya ialah:-

(1) Air membantu mengekalkan suhu badan di tahap yang optimum apabila terdedah kepada persekitaran suhu yang melampau. Peluh yang dihasilkan semasa senaman adalah salah satu contoh yang baik mengapa minum air adalah sangat penting.

(2) Secara purata, 70% otak manusia, 90% paru-paru, 10% lemak badan, 22% tulang dan 83% darah adalah terdiri daripada air. Maka, dengan meminum air, ianya memberikan perlindungan yang diperlukan untuk melindungi otak dan organ-organ serta sistem dalaman yang lain.

(3) Juga, sendi anda bergantung kepada cecair yang mengelilinginya untuk memastikan sendi mampu bergerak bebas dengan keadaan ber”kusyen”. Kandungan air dalam badan yang tidak mencukupi boleh menyebabkan sendi anda menjadi kaku.

(4) Selain itu, air diperlukan untuk mengalirkan bahan kumuhan badan. Sama ada melalui air kencing mahupun apa jua bentuk, air digunakan oleh organ-organ perkumuhan untuk menyingkirkan bahan buangan. Kandungan air yang tidak mencukupi juga boleh menyebabkan seseorang mengalami cirit-birit atau muntah-muntah, gejala/simtom yang berkaitan dengan dehidrasi.

(5) Air juga sangat penting untuk kulit sentiasa dalam tahap kelembapan yang baik, dan mengelakkan kekeringan dan kedut pada kulit, menurut dermatologis Atlanta, Kenneth Ellner, MD.Kursus Kecergasan 2024

Pengambilan air

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, jumlah pengambilan air kosong yang disarankan untuk sehari adalah sekurang-kurangnya sebanyak enam hingga lapan gelas sehari.

Mengikut garis panduan ‘American College of Sports Medicine’, adalah digalakkan untuk minum sebanyak 17 oz (lebih kurang 0.5 liter) air 2 jam sebelum bersenam dan pengambilan air secara konsisten untuk menggantikan air yang hilang melalui proses peluh.

Juga menurut kajian D.Boulze dan P.Montastruc (1983), air sejuk adalah lebih sedap dan cenderung untuk diminum berbanding air panas, dimana subjek melihat air sejuk sebagai pilihan utama, namun mereka memilih untuk meminum dengan kadar yang banyak pada suhu 15°c.

“Cold water was therefore both more pleasureable and less drunk. Dehydration resulted in a negative alliesthesia for warm water. Positive alliesthesia for cold water was probably the result of hyperthermia rather than dehydration.”

Kajian di atas juga disokong oleh kajian Khamnei et al. (2011);

“In order to have more voluntary intake of water and less fluid deficit, cool water (near 16°C) is recommended for athletes. Such water would also aid thermoregulation to some extent and increase palatability as well.”

Soalan-soalan berkaitan dengan air

(1) Adakah minum air sejuk boleh menaikkan kadar metabolisma, dan seterusnya membantu dalam proses penurunan berat badan?

Ya, ia memang boleh menaikkan kadar metabolisma, tetapi kesan termogenik yang dihasilkan sangat kecil, tidak signifikan seperti yang kita sangkakan. Jadi jika ingin menurunkan berat badan dengan cara minum terlalu banyak air sejuk, lupakan saja, tumpukan pada cara senaman. =)

Rujukan: Clive M. Brown, Abdul G. Dulloo and Jean-Pierre Montani, Water-Induced Thermogenesis Reconsidered: The Effects of Osmolality and Water Temperature on Energy Expenditure after Drinking, The Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism September 1, 2006 vol. 91 no. 9 3598-3602, doi: 10.1210/jc.2006-0407

“Cooling the water before drinking only stimulated a small thermogenic response, well below the theoretical energy cost of warming the water to body temperature. These results cast doubt on water as a thermogenic agent for the management of obesity.”

(2) Apakah air yang sesuai diminum ketika bersenam?

Dari sudut ‘rate of stomach emptying’ (kadar pengosongan perut) dan proses penggantian air yang cepat dan efektif, air sejuk (bukan air ais) yang bersuhu 2 – 4°c adalah pilihan yang terbaik.

“Manakala minum air sejuk, 2-4°C, menyebabkan air dapat disalurkan kepada bahagian yang dehidrasi atau kekurangan air dengan cepat…Manakala minum air sejuk, 2-4°C, menyebabkan air dapat disalurkan kepada bahagian yang dehidrasi atau kekurangan air dengan cepat.

Air bersuhu rendah dapat turun ke usus dengan lebih cepat. Ini apa yang dipanggil rate of empty stomach (kadar pengosongan perut)…” (strengthsifoo.com, diakses pada 17 April 2013)

Antara kepentingan-kepentingan air untuk manusia.
Antara kepentingan-kepentingan air untuk manusia.
Banyakkan minum air demi kesihatan anda.
Banyakkan minum air demi kesihatan anda.

 

“To insure good health: eat lightly, breathe deeply, live moderately, cultivate cheerfulness, and maintain an interest in life.”
-William Londen-

Akasa Bina

Akasa Bina atau nama sebenarnya Alif Syamim Syazwan Ramli merupakan seorang Terapis Senaman, Jurulatih Peribadi dan Pengamal Urutan Sukan atau Sport Massage yang diperakui. Bertindak sebagai Strength and Conditioning Coach untuk Team Zaki Khan, dan juga merupakan penulis kedua webblog Zaki Khan. Menjadi atlit sukan Pencak Silat dan juga sebahagian dari barisan atlit Strongman. Pernah menyertai latihan ketenteraan selama 3 tahun.

Disamping aktif dengan minat yang mendalam dalam bidang kesihatan dan kecergasan untuk tujuan membantu masyarakat di Malaysia dalam menuju ke arah kehidupan yang lebih sihat, beliau juga merupakan seorang penyelidik dan kini sedang meneruskan pengajian lanjutan di UPM dengan tumpuan kepada Aerodinamik dan Biomekanik (Avian). Banyak terlibat dalam konferens-konferens antarabangsa di dalam dan luar negara. Pernah menyertai projek antarabangsa di Aachen University of Applied Science, Aachen, Jerman pada tahun 2010.

Facebook Twitter  

1 thought on “Air, air, air!

Leave a Reply to Man Toyo Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: