Bolasepak Malaysia
Walaupun kalah pada Liverpool dalam aksi persahabatan dalam Siri Jelajah Asia di Stadium Nasional semalam tetapi pujian harus diberikan kepada skuad Datuk K. Rajagobal yang bangkit selepas ketinggalan 4-1 pada babak kedua untuk merapatkan jurang gol kepada 4-3. Namun, akibat kelemahan benteng pertahanan, Malaysia tewas 6-3 apabila Liverpool mendapat gol pada masa kecederaan. Safee Sali mencuri tumpuan ramai apabila menjaringkan dua gol dalam tempoh tiga minit selepas dimasukkan pada babak kedua.

Saya tidak berminat untuk mengulas perlawanan tetapi ingin mengulas suasana di stadium. Rasanya majoriti penyokong daripada rakyat Malaysia. Adakah rakyat Malaysia malu ingin menyokong negara sendiri? Keadaan seperti ini jarang dapat dilihat di negara-negara yang mengutamakan negara sendiri seperti Thailand dan Jepun. Biar betapa kuat pasukan yang bertandang, mereka bangga menyarung jersi negara. Apa kata anda?
tak dapat tengok malam tadi…..
yg dtg pun bknye penyokong setia malaysia a.k.a ultras malaya…huhuhu…klu ada pun sekerat jek…hehehehe….
jgn amik kira ultras malaya dulu, cuba tgk rakyat malaysia yg lain. xde semangat kenegaraan
itula….dari game dengan arsenal lagi camtu…Ultras mmg xnak pegi, sebab dorang cakap ni perlawanan sarkas je…
bukan tak sokong, dato. penyokong m’sia ni 365 hari sokong bolasepak tempatan. jersi m’sia jgn cakap la. sekali-sekala macam match ni, pakai sekejap jersi liverpool. harimau malaya tetap di hati 😀
cuba bygkan penyokong malaysia menggegarkan stadium smalam. rasanya malaysia x kalah ngan liverpool. bersemangat lg utk main. tp bila tgk majoriti malaysian pakai baju merah, luntur sikit semangat bila tgk. sebagai pemain, antara pembangkit semangat adalah penyokong
inilah sikap org kita,nak kata xdak jati diri pun ssh nnt org kata kita xpandai menilai..apepun banggalah pda negara kita yang tercinta…
sokong.
saya ada tgk pic dr mmber saya yg pegi stadium 2..rmai RAKYAT MALAYSIA bangun bersorak apabila Liverpool jringkan gol..aduh..
ini la malaysia, di mana rakyat xde semangat kenegaraan. agaknya bila negara kena serang, semua lari ke negara lain
memang kita npk lautan jersi merah liverpool tapi dihati semua hanya ada malaysia ini kerna bila kita jaringkan gol perasaan cintakan negara tiba2 menusuk kekalbu itulah dinamakan Malaysian!! Biasala peminat bila jumpa idola dia tapi bila bab negara diserang(Bola) kita sungguh2 pertahankan….syabas harimau malaya>
mentaliti rakyat malaysia…
mcm gak kt pasaraya..cri brand luar negara je..