Ejakulasi vs Paras Testosteron

“Adakah ejakulasi meningkatkan atau menurunkan paras testosteron?”

Persoalan yang menarik walaupun mungkin berbunyi sedikit lucah. Suka tak suka lelaki akan ejakulasi paling kurang seminggu sekali sama ada bersama pasangan atau bersendirian. Ada juga sampai 15 kali sehari menggunakan tangan.

Ramai atlet ternama seperti Mike Tyson elakkan seks sebelum perlawanan kerana merasakan dirinya lemah disebabkan seks. Muhammad Ali elak seks 6 minggu sebelum perlawanan besarnya. Malah di gim sendiri mungkin kita pernah dengar, ada yang kata lutut jadi lembik dan sebagainya.

Adakah ianya disebabkan paras testosteron merosot atau sekatan mental sahaja? Adakah ejakulasi atau mengeluarkan air mani merendahkan paras testosteron. Testosteron seperti sedia maklum membantu dalam membina otot.

Ada beberapa kajian mengenainya;

a. Mengelak mengeluarkan air mani dalam 3 minggu boleh meningkatkan sedikit paras testosteron seseorang. Ada kajian pula menunjukkan peningkat sehingga 145 peratus selepas 7 hari. Bermaksud kalau kita elak keluarkan air mani, selepas 7 hari kekuatan kita optimum, senang bina otot. Manakala kajian juga menunjukkan elak ejakulasi selama 3 bulan merendahkan paras testosteron dalam badan. Kajian ini boleh juga disebabkan faktor lain. Kajian ini perlu diperincikan.

b. Ada kajian tunjuk, ejakulasi tidak merubah secara signifikan paras testosteron.

c. Walaupun paras testosteron tidak berubah, akan tetapi ejakulasi beberapa kali dalam sehari menunjukkan penurunan reseptor androgen dalam hyiptalamus dan juga peningkatan reseptor estrogen. Dalam bahasa mudah, jika anda ejakulasi beberapa kali dalam sehari, lebih cenderung jadi gemuk. Lebih daripada 4 kali merendahkan keupayaan badan untuk menggunakan androgen.Kursus Kecergasan 2024

d. Masturbasi atau onani atau melancap tak tunjuk berubah signifikan terhadap paras testosteron, akan tetapi seks dengan manusia berlainan jantina menunjukkan peningkatan sehingga 72 peratus testosteron. Melihat porno menunjukkan peningkatan sehingga 11 peratus. Peningkatan ini hanya sementara pada waktu interkos dan mula menurun kembali kemudian dalam 1 jangka masa bergantung pada individu. Secara purata 10 hingga 20 minit peningkatan sebelum merosot. Akan tetapi seks dengan sama jantina menunjukkan kemerosotan. Ia mungkin disebabkan sentuhan, pheromone daripada perempuan dan sebagainya. Peningkatan sekitar 10 hingga 15ng/ml.

e. Beza paras testosteron elak aktiviti seksual dengan tidak elak sekitar 0.5ng/ml secara purata.

Jadi secara konklusinya;

• Elak ejakulasi seminggu meningkatkan sedikit testosteron
• Elak ejakulasi lebih lama merosotkan paras testosteron
• Ejakulasi tak merendahkan paras testosteron
• Ejakulasi sampai tahap keletihan menyebabkan badan sukar menghasilkan testosteron segera
• Ejakulasi secara lancapan pun tidak merubah paras testosteron
• Ejakulasi melalui interkos atau seks dengan pasangan berlainan jantina meningkatkan paras testosteron

Jadi sekiranya anda seorang atlet kekuatan, lebih baik elakkan seminggu sebelum perlawanan, bukan mengadakan hubungi seksual dan terus bertanding. Walaupun paras testosteron meningkat ketika itu, akan tetapi tenaga anda juga merosot.

Rujukan
https://examine.com/nutrition/does-ejaculation-affect-testosterone-levels/
http://joe.endocrinology-journals.org/
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/11760788
https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/0003347278900532
http://psycnet.apa.org/record/1977-22864-001

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: