Estrogen

Selena Gomez, tiada kena mengena dengan entri

Estrogen adalah hormon seks utama untuk perempuan. Estrogen digunakan dalam sebahagian daripada pil perancang, dalam terapi penggantian estrogen bagi perempuan putus haid, dan dalam penggantian hormon bagi perempuan trans. Seperti semua jenis hormon, estrogen mudah meresap merentasi membran sel. Sebaik berada di dalam sel, mereka mengikat dan mengaktifkan reseptor estrogen yang mengubah struktornya.

Kursus Kecergasan 2024Estrogen terdapat dalam perempuan dan lelaki. Lelaki biasanya sedikit. Lelaki lembut biasanya lebih. Majoriti estrogen dihasilkan di ovari, corpus luteum dan plasenta. Kilang terbesar ovari tetapi juga dihasilkan sedikit di hati, kelenjar adrenal dan tisu buah dada. Biasanya apabila kitar haid sudah berhenti, kilang-kilang kedua ini akan menjadi sumber estrogen pertama. Lemak juga menghasilkan estrogen. Ini menunjukkan bahayanya menjadi seorang yang lebih atau kurang berat badan.

Fungsi

– Memberi rupa-rupa atau karektor perempuan
– Mengurangkan otot
– Meningkatkan simpanan lemak
– Meransang pertumbuhan endometrial
– Meningkatkan pelincir vaginal
– Menebalkan dinding vaginal
– Mencantikkan kulit dan salur darah
– Menukar bentuk badan daripada endomorph kepeda mesomorph ke extomorph
– Meningkatkan pengeluaran hepatik pengikat protein
– Mengurangkan antithrombin III
– Meningkatkan HDL
– Mengurangkan LDL
– Meningkatkan kortisol
– Mengekalkan garam dan retansi air
– Menyokong hormon yang sensitif dengan kanser payu dara
– …

Keinginan seks tidak bergantung pada tahap estrogen tetapi lebih pada androgen. Androgen atau nama lain, testosteron.

Kenapa apabila menggunakan dadah sukan atau steroid untuk bina badan, kebanyakan lelaki menjadi lembut?

Apabila menggunakan testosteron daripada luar, secara tidak langsung, kilang penghasilan utama iaitu testis akan ditutup. Apabila testosteron mencecah satu tahap yang tinggi (berbeza mengikut individu), secara langsung badan akan bertindak menghasilkan estrogen dalam jumlah yang baik. Lelaki juga mampu menghasilkan estrogen, cuma tidak mempunyai kilang utama iaitu ovari. Estrogen dihasilkan untuk seimbangkan kembali ratio antara testosteron dan estrogen. Bila estrogen menjadi terlalu tinggi, badan akan menunjukkan kesan atau karektor perempuan. Jadi dalam kitar steroid yang digunakan, ada dimasukkan anti-estrogen untuk menghalang kenaikan estrogen.

Apa itu terapi menggantian hormon?

Terapi penggantian hormon, menggunakan estrogen diberi kepada perempuan postmenopausal untuk mencegah osteoporosis dan juga merawat simtom-simtom menopause seperti kekeringan vaginal, kencing tidak lawas, keletihan, berpeluh dan sebagainya. Manakala lelaki yang ingin menjadi perempuan menggunakannya untuk menjadi lembut dan memiliki karektor-karektor seperti perempuan.

Selena Gomez, tiada kena mengena dengan entri

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

6 thoughts on “Estrogen

  1. jadi kalau makin kurang lemak makin cepat bina otot, gamba selena gomez tu xbrapa cun lah dato. letaklah gamba selena yang seksi sikit. dpt boost testosteron. hehehe

  2. entri yg bagus… terapi hormon ada kelemahannya.. terapi ini selalunya akan meningkatkan sedikit probability seseorang pesakit utk terkena cancer terutamanya cervical cancer… berhati-hati klu wanita yg menopause ingin membuat terapi ini.. 🙂

    selena gomez dah cun …tu alasan nak stim jer ‘FRID’ kihkih…:)

  3. muscular-girl says:

    kalau prempuan nak tambah testosteron? :p

Leave a Reply to frid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: