Jangan Tertinggal Latihan Mobiliti!
Latihan mobiliti membantu mempercepat penyembuhan otot
Sama seperti latihan beban pada sesi-sesi yang biasa. Latihan mobiliti tidak kurang pentingnya. Artikel ini akan membincangkan kepentingan latihan mobiliti dan cara-cara melakukannya.
Apa itu mobiliti?
Mobiliti ialah tubuh badan kita mudah bergerak dan melakukan pekerjaan-pekerjaan biasa yang badan patut dan mampu lakukan seperti berjalan, merenggangkan belakang dan sebagainya. Mobiliti sangat penting supaya pelancaran oksigen dalam badan berlaku dengan baik. Dengan pelancaran oksigen tersebut, badan kita dapat berfungsi dengan betul. Akhirnya, badan kita akan menjadi sihat.
Ada satu kajian yang dilakukan kepada 1317 orang berumur untuk melakukan latihan mobiliti. Hasilnya, setiap orang berumur yang dikaji itu menjadi lebih sihat dan mobiliti badannya menjadi lebih baik. Ini memudahkan mereka untuk melalukan pekerjaan-pekerjaan harian.
Mengapa anda perlu buat latihan mobiliti?
Ini khas untuk semua orang yang rajin bersenam, khususnya yang angkat berat. Latihan mobiliti dapat membantu mengelakkan kecederaan pada sendi dan otot. Dalam latihan mobiliti ini, kita akan selalu merenggangkan badan dan lakukan latihan beban ringan supaya dapat memanaskan otot lalu melancarkan peredaran oksigen dan darah dalam badan.
Latihan mobiliti ini juga perlu untuk meningkatkan julat pergerakan badan anda. Kadang-kadang, badan kita semacam kaku atau “ketat”. Terhad dalam julat pergerakan boleh mengakibatkan otot-otot yang dilatih itu tidak menyeluruh. Sebab itu, setiap kali sesi latihan beban, kita mesti melakukan julat pergerakan yang penuh supaya setiap serat otot akan terlibat secara maksimum. Sekiranya badan kita terasa ketat, kita perlu lakukan latihan mobiliti untuk melonggarkannya.
Kesan daripada itu juga, latihan mobiliti membantu mempertingkatkan pergerakan efisien badan. Apa maksud pergerakan efisien? Maknanya, badan kita mampu bergerak tanpa kerja keras atau lelah. Pergerakan semula jadi badan itu dapat dijayakan. Itulah pergerakan efisien.
Maka, macam mana kita hendak lakukan latihan mobiliti?
Latihan mobiliti senang sahaja!
Latihan mobiliti adalah latihan dengan daya rendah. Semua jenis latihan!
Contohnya, tekan tubi. Tekan tubi boleh menjadi latihan mobiliti yang baik. Bagaimana? Ia perlu dilakukan dengan intensiti yang rendah sahaja kerana latihan mobiliti bukan untuk mengembangkan saiz otot atau menambah kekuatan otot, tetapi untuk memanaskan dan melancarkan darah di dalam otot. Kelancaran darah akan mempercepatkan penyembuhan otot yang bekerja. Cukup dengan repetisi rendah. 10 kali tekan tubi sudah memadai. Panas-panaskan otot sahaja.
Semua latihan beban yang menggunakan berat badan sendiri seperti squat, lunges dan sebagainya, boleh menjadi latihan mobiliti. Asalkan, ia dilakukan dengan daya atau intensiti yang rendah. Mudah kata, latihan mobiliti ini adalah senaman ringan sahaja.
Selain itu, anda boleh menggunakan resistance band untuk memanaskan otot. Resistance band adalah alat yang paling bagus untuk melatih otot. Cuma, kita perlu cakna dan teliti dengan pergerakan senaman kita agar otot yang bekerja itu benar-benar mendapat kesan.
Akhir sekali, anda boleh lakukan regangan. Sama ada dinamik (regangan bergerak) ataupun statik (tidak bergerak. Regangan amat penting untuk otot dan sendiri. Biasa-biasakan melakukan regangan ketika “rest day”. Atau secara umumnya, lakukan latihan mobiliti pada hari rehat anda!


