Jangkitan di Gimnasium
Ada satu kajian dibuat di US yang menjumpai 25 jenis bakteria boleh dijumpai di pusat kecergasan atau pun fitness centre daripada tandas ke peralatan gimnasium.
Staph
Bakteria staphylococcus adalah yang paling biasa dijumpai di gim. Kebanyakan waktu, mereka tidak bahaya. Sekitar 1 per 3 manusia bawa staph pada kulit mereka. Ia berada pada kulit tetapi tidak semestinya menyebabkan jangkitan. Ia merebak melalui kulit ke kulit, dan bukan peralatan ke kulit. Jadi yang perlu lebih berjaga-jaga adalah mereka yang terlibat dalam senaman atau sukan bersentuhan. Lap peraltan gim dengan sanitizer sebelum dan selepas menggunakannya.
Kaki Atlet
Fungi terdapat di merata-rata termasuk di gimnasium. Fungi ini membiak dalam kawasan gelap, lembap dan suam seperti dalam kasut, tempat simpanan barang di gimnasium dan sebagainya. Ia bukan hanya di kaki, tetapi boleh juga di ketiak, di bawah buah dada untuk wanita dan sebagainya.
Anda boleh dapat jangkitan dengan berjalan berkaki ayam di gim, atau disebabkan anda tidak jaga kebersihan anda. Tukar stokin setiap hari. Jangan pakai stokin yang sama berbulan-bulan. Jangan biar baju senaman anda yang berpeluh terperap dalam beg senaman anda.
Ringworm
Ia adalah satu lagi jangkitan gungal yang anda boleh dapat di gimnasium. Boleh dijangkiti di mana-mana bahagian badan termasuk tangan dan kaki.
Deman dan Selsema
Dalam ruang tertutup, dengan pelbagai orang, pelbagai bau, jangkitan melalui udara lebih mudah berlaku. Mungkin ada seorang yang sakit bersenam, dia batuk atau bersin, ia bergerak di dalam satu ruang tertutup. Solusi terbaik, segerakan mandi selepas senaman. Kebiasaanya, ada juga yang melepak bersama rakan-rakan di kedai makan berjam-jam selepas senaman. Risiko jangkitan lebih tinggi pada golongan ini.
Plantar Wart
Plantar wart disebabkan human papillomavirus (HPV). Ramai ada HPV cuma mereka tidak ketahuinya. Ada yang menyebabkan kanser cervical, genital wart dan sebagainya. Anda senang dapat jangkitan dengan berjalan kaki ayam di gimnasium terutama di bilik mandi.
Impetigo
Impetigo mudah menyerang seseorang yang ada luka terbuka. Kebiasaan melalui kulit sahaja tiada masalah.
Herpes
Biasa dikaitkan dengan aktiviti seksual, akan tetapi tidak mustahil berjangkit di pusat kecergasan. Elakkan seseorang yang jelas menunjukkan tanda tak sihat seperti demam selsema dan sebagainya. Jangan sesekali berkongsi air minuman dengan seseorang.
Artikel ini ditulis bukan untuk takutkan seseorang daripada bersenam di gimnasium. Akan tetapi ia lebih kepada langkah berjaga-jaga di tempat senaman awam. Berjaga-jaga lebih baik. Elakkan bersentuhan dengan seseorang di gimnasium. Bersihkan peralatan sebelum dan selepas menggunakan. Sentiasa pakai kasut. Basuh tangan dengan sanitizer setiap kali selesai bersenam. Pakai pakaian yang bersih dan dicuci setiap kali sesi senaman.





