Erectile Dysfunction
Erectile dysfunction adalah ketidakupayaan untuk tegang sepenuhnya atau lama dalam 1 aktiviti seksual. Adakala ia cuma sementara, disebabkan tekanan. Jika terlalu kerap, ia boleh jadi indikator untuk penyakit lain yang perlukan rawatan. Ia boleh jadi juga petanda masalah emosi dalam perhubungan.
Apa simptomnya?
• Sukar tegang
• Sukar kekal tegang semasa aktiviti seksual
• Kurang berminat dengan aktiviti seksual
Masalah seksual lain yang berkaitan dengan ED;
• Ejakulasi pra-martang
• Ejakulasi yang dilambatkan
• Anorgasmia
Jika anda berdepan simptom sebegini, yang berlangsung lebih daripada sebulan, lebih baik anda berjumpa pakar. Jumpa pakar bukan jumpa kawan-kawan yang jual pelbagai jenis jamu atau ubat.
Apa penyebab ED?
Ada banyak kemungkinan. Boleh jadi emosi, boleh jadi fizikal. Antara petanda biasa;
• Sakit jantung
• Diabetes
• Hypertension / Tekanan darah tinggi
• Hyperlipidemia
• Kerosakan disebabkan kanser atau pembedahan
• Kecederaan
• Berat badan berlebihan
• Peningkatan usia
• Tekanan
• Kemurungan
• Masalah perhubungan
• Penggunaan dadah
• Penggunaan alkohol
• Merokok
Apakah rawatan yang ada?
Ia bergantung pada punca atau penyebabnya. Ada kes melibatkan penggunaan ubat, ada perlu ubah gaya hidup, perlu terapi dan sebagainya.
Kalau jumpa doktor, doktor biasanya preskrip ubat seperti;
• alprostadil
• avanafil
• sildenafil
• tadalafil
• testosterone
• vardenafil
Ada sesetengah orang, guna bantuan makanan tambahan. Dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakannya. Antaranya seperti;
• l-arginine
• DHEA
• ginseng
• yohimbe
• asparagus racemosus
Jika disebabkan masalah psikologi, biasanya akan dihantar bercakap dengan kaunselor. Terapi bercakap dapat bantu kesihatan mental seseorang.
Ada rawatan alternatif?
Ada pelbagai rawatan alternatif yang biasa dibuat. Antaranya seperti urutan prostatik atau biasa dikenali sebagai urutan batin oleh pengurut yang betul. Bukan urut geli-geli di rumah urut. Silap urut boleh bawa padah. Selain itu, ada juga rawatan akupuntur. Ada kaedah senaman lantai pelvik. Mungkin boleh masukkan entri senaman ini dikemudian hari.
Paling berkesan sebenarnya adalah ubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Berhenti merokok, berhenti minum alkohol dan sebagainya. Bersenam secara kerap. Makan makanan yang sihat. Kurangkan tekanan dan sebagainya.




