Lee Chong Wei Positif Dadah
Baru-baru ini kecoh, apabila pemain badminton nombor 1 Malaysia kantoi dalam ujian rambang dadah di Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lalu.
Hasil ujian Sampel B milik pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei disahkan positif dadah jenis ‘dexamethasone’. Ujian Sampel B ini dibuat di makmal Hospital Universiti Oslo pada 5 November yang lalu.
Dexamethasone adalah sejenis steroid dengan fungsi anti-radang, biasanya digunakan untuk membantu pemulihan atlet. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebelum ini dilaporkan berkata penyiasatan yang menyeluruh terhadap sejarah perubatan pemain badminton tersebut mendedahkan dexamethasone tersebut diberikan kepadanya pada 17 Julai untuk merawat kecederaan pehanya.
Beliau berisiko digantung daripada mana-mana pertandingan selama dua tahun, tetapi akan berpeluang untuk menghadiri pendengaran dengan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Apabila seseorang atlet, dikatakan sangkut dadah, ia tidak semestinya pakai dadah sukan untuk meningkatkan prestasi, akan tetapi boleh jadi daripada pelbagai sumber.