Lelaki Generasi Baru Rendah Testosteron

Generasi kini memiliki testosteron yang lebih rendah pada usia 20 hingga 30 tahun, berbanding generasi sebelum ini berusia 50 tahun. Kenapa berlaku penurunan yang ketara dalam jangka masa singkat? Tiada data kajian yang lengkap lagi, cuma ada kajian menunjukkan manusia terdedah pada bahan kimia yang mengganggu endocrine seperti plastik, penyembur racun, bahan kimia dalam produk kecantikan, ubat gigi dan sebagainya.
Kita juga terdedah pada makanan segera, makanan tak berkualiti yang tinggi kandungan gula dan sebagainya. Kebanyakan kajian masih menggunakan binatang sebagai bahan uji kaji. Jadi ketika ini, sukar untuk kita keluarkan konklusinya sama ada disebabkan pendedahan kepada bahan kimia, makanan, gaya hidup, pencemaran dan sebagainya.
Kesannya, generasi lelaki masa kini lebih lemah, hilang sifat maskulin lelaki. Wujud kumpulan seperti k-pop yang nampak lembut. Arnold Schwarzenegger baru-baru ini berkata, kita membesarkan generasi ‘wimp’.
Ada beberapa kajian yang menarik. Kajian pertama membanding lelaki berusia 60 tahun pada tahun 1987 sekitar 17.5 nmol/L, dibandingkan dengan lelaki berusia 60tahun pada tahun 2002, 15 nmol/L. Kajian dibuat pada tahun 2007. Kesimpulan daripada kajian ini, penurunan purata testosteron adalah sekitar 1 peratus setiap tahun.
Ada juga kajian membandingkan lelaki 60 tahun pada tahun 1989 dan 1995. Juga menunjukkan penurunan. Kajian sekala besar, the Massachusetts Male Aging mengambil subjek berusia daripada 45-79 tahun di kawasan Boston. Mereka diuji pada tahun 1987 dan 1989. Ujian susulan pada 1995 dan 1997.
Kajian yang lebih terkini oleh Israel juga menunjukkan tanda penurunan daripada tahun 2006 hingga 2017, lebih daripada 10 peratus penurunan.
Mereka dengan masalah testosteron terlalu rendah dikategorikan dalam kategori ‘male hypogonadism’. Ia adalah kondisi di mana testis tak dapat hasilkan cukup testosteron.
Masalah terlalu rendah testosteron biasa berlaku pada;
- Orang tua
- Masalah obesiti
- Sakit diabetes jenis 2
- Masalah sleep apnea
- Penyakit kritikal seperti masalah buang pinggang dan kerosakan hati (cirrhosis)
- Pesakit AIDS
Apakah simptomnya?
- Kurang keinginan seksual
- Erectile dysfunction
- Bulu di ketiak dan bahagian kemaluan berkurang
- Testis mengecil
- Rendah atau tiada sperma (azoospermia), menyebabkan kemandulan
- Kemurungan
- Masalah daya tumpuan dan memori
- Penambahan lemak badan
- Pembesaran tisu buah dada (gynecomastia)
- Kekuatan dan otot merosot
- Daya tahan otot merosot
Rujukan