Betul ke Pemanis Tiruan Tingkatkan Insulin?
Menjawab penulisan ini. Dakwaan ini boleh dibahas dan perlu diperhalusi kerana bukti sainstifiknya bercampur. Jom kita tengok.
“Pemanis tanpa kalori menaikkan insulin melalui CPIR walaupun tiada gula.”
Bukti manusia menunjukkan CPIR sangat kecil, tidak konsisten, dan tidak universal merentas pemanis. Kajian terkawal mendapati hanya saccharin mencetuskan CPIR kecil; sucralose/aspartame tidak menunjukkan pola yang sama. Semakan sistematik juga menyimpulkan CPIR pada manusia sukar dikesan dan berubah-ubah mengikut individu/metodologi.
https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC9655943/
“Pemanis tiruan mengacau hormon lapar/kenyang, tingkatkan craving.”
RCT & ulasan menyatakan pemanis rendah/tiada kalori (NNS/LNS) tidak menaikkan selera atau pengambilan tenaga; sebaliknya cenderung mengurangkan pengambilan gula bila digunakan untuk ganti gula. Tiada bukti kukuh bahawa ia meningkatkan keinginan manis dalam jangka sederhana.
https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC4438179/
“NNS ? insulin tinggi berulang ? simpan lemak/insulin resistance.”
Ujian rawak terkawal (RCT)—standard tertinggi—menunjukkan apabila NNS menggantikan gula, hasilnya biasanya berat turun sedikit dan tiada kemerosotan penanda glisemik/insulin berbanding gula. Meta-analisis RCT 2025 dan ulasan klinikal menunjukkan neutral atau manfaat kecil pada kawalan berat/risiko kardiometabolik apabila NNS digunakan sebagai pengganti gula, bukannya tambahan.
“NNS rosakkan mikrobiota usus ? rintangan insulin.”
Data manusia bercampur: beberapa RCT kecil menunjukkan perubahan komposisi mikrobiota (termasuk aspartame/sucralose/saccharin), tetapi implikasi klinikal tidak konsisten (ada neutral, ada manfaat kecil, ada potensi mudarat—bergantung individu/dos/konteks). Ulasan 2024–2025 merumuskan kesan heterogen dan bukti sebab-akibat terhadap rintangan insulin belum konklusif.
https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0899900723002654/
“Walau kalori sama, NNS sebabkan lebih simpan lemak pada meal berikutnya.”
Dakwaan ini tidak disokong kukuh oleh RCT manusia. Dalam percubaan jangka sederhana/panjang, menggantikan minuman bergula dengan NNS tidak meningkatkan lemak badan; malah beberapa kajian 1-tahun menunjukkan lebih penurunan berat apabila pematuhan tinggi.
“Risiko diabetes jenis 2 meningkat dengan NNS.”
Penilaian bukti 2024 terhadap minuman bergula-bukan-gula melaporkan pada orang dewasa, tiada perkaitan jelas antara pengambilan minuman ber-NNS dan risiko T2D (gred bukti terhad). Isu reverse causality dalam kajian pemerhatian sering mengaburi interpretasi (orang berat/berisiko cenderung memilih NNS).





