Supplement Orang Jarang Guna Tapi Patut Mula Cuba

Saya susah sedikit nak menulis tentang latihan, sebab rasanya dah ramai yang buat penulisan tentang latihan. Lagipun, saya juga berkerja dalam bidang supplement bina badan. Jadi, rasanya lebih mudah untuk menulis berkaitan makanan tambahan berbanding latihan (yang itu biarlah pada jurulatih kecergasan untuk menulis).

 

Jika anda nak baca tentang latihan, apa kata anda baca yang ini.

 

Hari ini, saya nak berkongsi dengan anda semua tentang beberapa jenis supplement yang tak ramai orang guna pun, tapi boleh cuba guna untuk tingkatkan prestasi latihan mereka. Nak rasa lebih kuat, lebih bertenaga, anda boleh cuba gunakan supplement yang saya akan terangkan sebentar lagi.

 

Macam biasa, kalau anda rasa penulisan ini berguna dan bermanfaat, tolonglah ketik butang kongsi di atas untuk sebarkan lagi informasi ini kepada kawan-kawan yang lain.

Kursus Kecergasan 2024

Acetyl-L-Carnitine (ALC)

Biasanya, saya akan suruh gunakan L-Carnitine Tartrate untuk membantu anda membakar lemak dengan lebih cepat. Tapi, kali ini saya nak mencadangkan juga penggunaan ALC dalam rutin supplement anda.

 

Penggunaan ALC dalam kadar yang tinggi berkemungkinan (ya, mungkin) boleh membantu meningkatkan prestasi sukan apabila diambil sebelum latihan. Antara kesan yang mungkin boleh dirasakan ialah peningkatan tahap kekuatan otot dan juga tahap fokus semasa menjalankan latihan.

 

Berapa banyak nak guna ALC? Lebih kurang dalam 3g pada waktu pagi semasa perut masih kosong. Kalau nak guna kurang daripada itu, bagi saya tak berbaloi. Jika nak guna lebih, boleh, dan mungkin juga akan dapat kesan yang lagi padu. Tetapi, kosnya pula akan melambung naik kalau anda nak amalkan dengan kadar dos yang lebih banyak.

 

Nak cuba ALC, boleh klik di sini.

 

Tyrosine

Asid amino tyrosine berfungsi dengan cara memberi kesan seakan-akan perangsang kepada atlit. Ia ditukarkan kepada cathecolamines oleh otak kita. Apakah kesan perangsang kepada kita yang menggunakannya?

 

  1. Memberikan lebih kepekaan.
  2. Melawan rasa lesu.
  3. Mendokong fungsi thyroid dan kelenjar adrenal.
  4. Mengurangkan stress dalaman.

 

Ada yang mengakatan penggunaan tyrosine mampu meningkatkan kemampuan atlit sukan untuk menangangkat lebih berat daripada biasa. Tidaklah sebegitu ketara, tetapi ada peningkatan (lebih kurang dalam 2-4%) apabila asid amino ini diambil sebelum latihan dijalankan.

 

Antara bahan lain yang memberikan kesan yang hampir serupa ialah phosphatidylcholine dan DMAE (bukan DMA Islam yang viral di TikTok). Semuanya bermain dengan otak kita untuk memberikan rangsangan, meningkatkan kualiti mood kita, kadar kekuatan memori, kekuatan fizikal, dan macam-macam lagi.

 

Ginko Biloba

Antara tumbuh-tumbuhan yang dikatakan tertua di dunia. Bahan ini berfungsi sebagai antioksida untuk menjaga sistem dalaman kita. Bukan itu sahaja, ia juga memberi kesan kepada kita punya latihan. Secara fisiologinya:

 

  1. Membantu dalam melancarkan peredaran darah.
  2. Bermain dengan minda untuk tingkatkan kepekaan.
  3. Mengurangkan kekaburan otak.
  4. Meningkatkan sintesis ATP.
  5. Menyerap lebih glukosa di dalam otak.

 

Dalam bahasa mudah, Ginko Biloba meningkatkan kadar kualiti peredaran dalam ke dalam otak supaya badan boleh berfungsi dengan lebih baik. Otak kita bertanggungjawab untuk menyelia segala jenis proses-proses yang berlaku dalam badan kita.

 

Kalau anda rasa susah nak kekal fokus semasa latihan atau dalam kehidupan seharian, apa kata anda cuba gunakan Ginko Biloba dalam rutin supplement anda setiap hari? Dalam 120mg-240mg sehari, carilah jenama-jenama mana yang anda percaya.

 

Jangan Berpaut Pada Supplement

Saya risaukan individu-individu yang berpegang 100% pada penggunaan supplement, sampaikan ada yang tak mahu mulakan latihan kalau belum cukup set supplementnya di rumah. Itu dah menjadi bergantung harap pada supplement semata-mata.

 

Fokus anda tetap sama, iaitu fokus pada pemakanan yang seimbang mengikut keperluan badan, latihan berdasarkan sasaran anda, rehat yang cukup, dan barulah masuk kepada penggunaan supplement. Jangan terus melangkah bendul.

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: