Majlis Penyerahan Bendera

Tetamu VVIP

Malam tadi, 27 Mei, saya dijemput ke Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Wilayah Persekutuan Sempena Sukma XIV 2011 di Bangunan DBKL, Jalan Raja Laut. Majlis dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Yang Berhormat Raja Nong Chik Raja Dato’ Zainal Abidin. Wilayah Persekutuan akan mengambil bahagian dalam kesemua acara yang dipertandingkan dan menyasarkan kedudukan lebih baik dari Sukma di Melaka tahun lepas yang mendapat tempat ke tiga. Sukma ke 14 akan diadakan bermula 2hb Jun sehingga 12hb Jun 2011.

Kursus Kecergasan 2024

Tetamu VVIP

Mesyuarat pengurus pasukan dan atlit

Semoga atlit mendapat keputusan cemerlang, di samping memupuk perpaduan melalui sukan.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: