Memori Otot

Muscle Memory? Biasa dengar, tapi apa itu? Kita dah berlatih untuk satu jangka masa, tetiba terpaksa berhenti. Mungkin disebabkan kerja, PKP tiada kemudahan gim, kecederaan, bercuti dan sebagainya. Ramai berdepan tekanan, rasa kecewa, hilang apa yang dilatih selama ini.

Memori otot bantu anda untuk kembali kepada kekuatan dan saiz otot yang anda pernah capai. Ia ambil masak singkat untuk mahir kembali dengan kemahiran yang ditinggalkan lama walaupun dah berehat panjang. Senaman bebanan bukan hanya beri rupa yang cantik pada kita, akan tetapi juga mengatur sudut fisiologi otot. Kita melatih kecekapan neuromuscular dan kuatkan hubungan otak dan badan.

Dalam bahasa mudah, kita mencipta jalan neuro melalui sistem saraf pusat (central nervous system) apabila kita berlatih. Jalan ini tak hilang begitu saja. Anda boleh melalui kembali jalan ini lebih pantas dengan mengaktifkan jalan lama tersebut. Cuba ambil contoh, kita ambil masa lama untuk belajar bawa basikal ketika kanak-kanak. Kemudian kita tinggalkan berpuluh tahun. Dah dewasa ini, tetiba teringin kayuh basikal mengikut trend semasa. Adakah kita ambil masa yang lama juga untuk belajar mengayuh kembali?

Bila kita bersenam, lebih banyak tekanan dikenakan pada otot, otot akan berganda. Apabila kita berhenti, ia cuma mengecut (atrophy) tapi tak hilang. Bila kita mula berlatih kembali, mereka akan kembali memberi tindak balas.

Berapa lama memori otot ini bertahan?

Tiada jawapan jelas untuk persoalan ini. Menurut kajian oleh Gundersen pada tahun 2016, mereka percaya memori tersebut boleh bertahan sehingga 15 tahun atau kekal selamanya.

Berapa lama otot akan hilang selepas berhenti bersenam?

Anda tak bina otot dalam masa singkat, begitu juga proses mengecut. Ia akan ambil masa. Selepas 5 hari kekuatan akan mula merosot sedikit. Dalam jangka masa 4 hingga 6 minggu mula nampak kemerosotan otot dan kebiasaannya akan nampak ketara dalam 2 hingga 3 bulan. Faktor yang menentukan berapa cepat anda hilang otot adalah usia dan aktiviti harian anda.

Menurut kajian, mereka berusia atas 30 tahun akan mula merosot otot. Kondisi ini dipanggil sarcopenia. Anda akan hilang 3 hingga 5 peratus otot untuk 1 dekad. Kajian menunjukkan kemerosotan boleh mencecah 30 peratus apabila di usia emas. Manakala bagi mereka yang muda, 10 hingga 13 tahun, anda akan dapat kekalkan jumlah otot anda tanpa latihan.

Kursus Kecergasan 2025

Memori otot ini satu benda yang baik, akan tetapi anda kena tahu, keupayaan nuclei untuk membina juga semakin merosot dengan usia. Paras testosteron dan hormon tumbesaran semakin merosot, jadi anda akan ambil masa lebih lama untuk membina apabila semakin berusia. Pertahankan otot di usia muda lebih muda. Sebab itu, anda digalakkan mula berlatih di usia muda.

Berapa banyak otot yang akan merosot itu bergantung pada saiz otot anda. Lagi besar, lagi banyak akan merosot dan lagi banyak kerja perlu dibuat.

Kajian
https://www.health.harvard.edu/staying-healthy/preserve-your-muscle-mass
https://journals.lww.com/nsca-jscr/Abstract/2019/10000/Global_Training_Effects_of_Trained_and_Untrained.24.aspx

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: