Menang Pertandingan

Bulan ini saya sertai 2 Pertandingan Sukan Orang Kuat di Sarawak. 8 September, Selangau Strongest Man dan 15 September Mr Kenyalang Strongest Man. Saya menjuarai pertandingan di Selangau dan sekadar mendapat tempat ke 2 di Mr Kenyalang.

Rutin Selangau Strongest Man

Tire Flip 300kg
Atlas Stone 90kg
Car Deadlift
Truck Pull 10 tonnes

Kursus Kecergasan 2024

Rutin Mr Kenyalang Strongest Man

Tire Flip 300kg
Car Deadlift
Truck Pull 16 tonnes
Farmer Walk 120kg
Yoke Walk 260kg

Bagi saya, walaupun mungkin pertandingan yang tidak begitu besar, tapi ia merupakan pengalaman yang menarik. Sebagai seorang atlet, jika berehat terlalu lama, ia mungkin merosotkan prestasi saya dalam sukan ini. Jadi sekurang-kurang cuba penuhi setiap 3 bulan bertanding 1 pertandingan.

Video penuh ada di IG saya http://www.instagram.com/zakikhannet

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: