Mitchell Hooper Terkuat di Dunia 2023

Mitchell Hooper berusia 27 tahun daripada Canada dinobatkan sebagai World Strongest Man 2023 apabila memenangi pertandingan World’s Strongest Man minggu lepas di Myrtle Beach, South Carolina, 19-23 April 2023. Beliau menewaskan 3 bekas juara dunia, Tom Stoltman di tempat kedua, Oleksii Novikov di tempat ketika dan Brian Shaw di tempat ke tujuh.
Ini adalah kali kedua beliau menyertai WSM. Pada tahun 2022 beliau masuk sebagai pengganti di minit terakhir dan berjaya dapat tempat kelapan. Ia juga merupakan pertandingan antarabangsa pertama beliau ketika itu.
Selepas kejayaan pertama antarabangsa pertama, beliau berjaya ke podium dalam Giants Live Strongman Classic 2022, World Open dan the Shaw Classic. Menang Arnold Strongman Classic UK, Giants Live World Tour Final dan tempat ketiga Rogue Strongman Invitational. Tahun ini, selain World Strongest Man, beliau juga memenangi Arnold Strongman Classic 2023.
Keputusan Penuh
- Mitchell Hooper (Canada)
- Tom Stoltman (United Kingdom)
- Oleksii Novikov (Ukraine)
- Trey Mitchell (United States)
- Evan Singleton (United States)
- Pavlo Kordiyaka (Ukraine)
- Brian Shaw (United States)
- Luke Stoltman (United Kingdom)
- Matthew Ragg (New Zealand)
- Jaco Schoonwinkel (South Africa)
Tengok Juga
- World’s Strongest Man 2023