Peningkatan Kes Diabetes di Malaysia
Menjelang 2025, sejumlah tujuh juta orang dewasa sama ada didiagnos atau tidak akan terjejas akibat diabetes. 31.3 peratus rakyat Malaysia merupakan satu perkembangan yang membimbangkan.
Pada masa ini, terdapat kira-kira 3.6 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes yang mana merupakan kadar tertinggi di Asia dan antara tertinggi di dunia.
Peningkatan eksponen ini begitu ketaradalam diabetes jenis 2 yang mana disebabkan berat badan berlebihan, pengambilan kalori yang tinggi dan kurang aktiviti fizikal.
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad kata ia merupakan perkara serius kerana ia menjadi beban ekonomi utama kepada sistem penjagaan kesihatan dan ekonomi negara. Kajian makro ekonomi yang dijalankan pada 2011 menunjukkan kos kira-kira 2 billion iaitu sekitar 13 peratus daripada bajet kesihatan digunakan untuk diabetes. Kos ini boleh meningkat sehingga 3.52 billion jika tidak dibendung segera.




