Patellofemoral pain syndrome adalah satu masalah lutut yang biasa dihadapi oleh mereka yang aktif sama ada muda atau tua. Rasa sakit dirasai di bahagian bawah tempurung lutut di sendi yang dipanggil patellofemoral. Sendi di antara tulang patella dan femur.

Sindrom ini biasanya disebaban tekanan daripada kedudukan tempurang lutut yang tidak betul. Apabila tempurang lutut berada di kedudukan tak betul, ia cenderung untuk berlaga dengan tulang femur. Trauma yang berulang ini akan menyebabkan permukaan patella berkurangan.

Masalah ini boleh disebabkan oleh otot yang tak seimbang dan masalah pengawalan badan yang teruk. Boleh dikatakan majoriti masyarakat akan berdepan dengan masalah sakit lutut. Akan tetapi sakit ini lebih pada seseorang yang aktif seperti pelari marathon, pemain sukan-sukan bergerak seperti tenis, bola jaring, sukan melompat dan sebagainya.

Patellofemoral pain syndrome yang tidak dirawat boleh juga didiagnos sebagai patellar tendonitis.

Kenapa terjadinya otot tidak seimbang? Otot quadricep bersambung ke patella melalui patella tendon yang bersambung ke bahagian keting. Biasanya kes melibatkan kekuatan otot castus lateralis (VL) dan vastus medialis oblique (VMO). Otot VMO lebih lemah mungkin disebabkan beberapa sebab seperti selepas pembedahan, bengkak atau kurang penggunaan.

Otot dibahagian pinggul penting untuk kawal pergerakan peha kita. Otot punggung yang lema menyebabkan lutut masuk ke dalam.Kursus Kecergasan 2024

Pada saat kanak-kanak membesar, tulang panjang membesar lebih cepat dibandingkan dengan otot, tendon dan ligamen menyebabkan tekanan pada sendi. Kanak-kanak yang aktif perlu buat regangan untuk elak ia berubah arah.

Manakala, pergerakan badan kita juga main peranan. Tapak kaki rata dengan pinggul yang tidak mengawal pergerakan dengan betul, boleh menyebabkan lutut berpusing. Kaedah berjalan yang pelik juga boleh menyebabkan trauma pada lutut. Sebagai contoh, bapuk berjalan dengan lengguk yang pelik.

Sakit pada peringkat awal mungkin tak teruk. Tapi lama kelamaan akan jadi teruk terutama ketika melakukan pergerakan membengkokkan lutut seperti naik turun tangga, squat dan sebagainya.

Apakah kaedah terbaik rawatan? Suka tak suka, anda perlu jumpa pakar terapi ataupun physiotherapist. Kebiasaannya, sakit akan hilang selepas 6 bulan program rehab. Jika tidak hilang, mungkin pembedahan diperlukan.

Makanan tambahan seperti glucosamine bukan jawapannya untuk masalah ini. Anda masih perlu betulkan alignment badan anda.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: