Rawatan Trigger Point Meredakan Kesakitan

Apa itu trigger point? atau dalam bahasa melayunya titik pencetus. Ia adalah simpulan otot di bahagian myofascial permukaan otot rangka. Bila kita tekan, biasanya rasa sakit. Kalau dialun, boleh rasa bahagian yang dipanggil ‘taut band‘.
Tak banyak lagi kajian untuk menyokong konsep titik pencetus ini. Walau bagaimana pun ianya digunakan secara meluas dalam terapi fizikal dan juga perubatan alternatif. Kaedah direka untuk mengurangkan gejala dan kesakitan. Terapi fizikal, terapi chiro, tukang urut, dan osteopatik banyak menggunakan kaedah ini.
Titik pencetus ini dibahagikan kepada aktif dan terpendam. Aktif biasanya punca sakit bukan di satu lokasi, tapi beberapa lokasi berkaitan. Jika seseorang dah berdepan dengan sakit kronik bertahun, mungkin dah terlalu banyak titik pencetus di badan. Ia ambil masa untuk dipulihkan. Kena ada sesi berulang.
Titik pencetus terpedam tak rasa sakit segera. Ia rasa sakit apabila ditekan kuat. Ia mungkin mengubah corak aktiviti otot.
Apa maksudnya berkait? Sebagai contoh, titik pencetus di bahagian otot belakang atau latissimus dorsi mungkin menyebabkan kesakitan di bahagian tangan. Terapi akan menekan di bahagian titik pencetus sehingga sakit berkurang. Tekanan diberikan bergantung pada individu.
Kelemahannya, kita mungkin salah diagnosis sakit apa tanpa melalui pemeriksaan doktor dan akhirnya mungkin menyebabkan sakit semakin teruk. Ada beberapa risiko mungkin berlaku termasuk pembentukan hematoma, pneumothorax, jarum patah jika menggunakan jarum dan jangkitan kulit.
Kenapa terjadi Trigger Point?
- Berusia
- Kecederaan, jatuh, tekanan
- Kurang bersenam
- Postur badan salah
- Terlebih guna otot tertentu
- Sakit seperti kemurungan, tekanan, depresi
- Kurang vitamin C, B, D, asid folik dan zat besi
- Gangguan tidur
- Masalah sendi dan hypermobiliti
Trigger point juga boleh jadi pada ligamen. Ligamen mencantumkan tulang dengan tulang.
Banyak sebenarnya teori di sebalik titik pencetus ini, tapi kekurangan bukti yang kuat. Hipotesis yang digunakan sekarang adalah apabila sarcomeres dan motor endplate terlalu aktif, berlaku perubahan pathologi di peringkat selular. Akhirnya memberi maklum balas keradangan, kurang dapatan oksigen, nutrisi, pemendekan serat otot dan peningkatan keperluan metabolik pada tisu tersebut. Ada banyak lagi teori lain.
ingat semua kesakitan itu disebabkan titik pencetus. Ada banyak lagi kemungkinan seperti fibromyalgia, post-traumatic hyperirritability syndrome, osteoarthritis, tendonitis, masalah nerurologi seperti trigeminal neuralgia, glossipharyngeal neuralgia, sphenopalatine neuralgia, jangkitan, hyproglycemia, hypothyroidism dan sebagainya.
Disebabkan itu, penting untuk dapatkan pemeriksaan. Jumpa doktor dan kemudian terapi fizikal.
Rujukan
- https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/11871683/
- https://dialnet.unirioja.es/servlet/articulo?codigo=5994615
- https://www.docdoc.com/medical-information/procedures/trigger-point-therapy
- https://www.aafp.org/pubs/afp/issues/2002/0215/p653.html?userguid=unk-1632566170543&condition=other&clientId=&entityId=203&clientSiteId=default&groupId=&tp=WEB_PORTAL
- https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S1090380108000554