Ubat Tahan Sakit Untuk Terus Berlatih?

Sekarang tengah sakit pinggang tetapi sayang nak tinggal sesi latihan, makan sahajalah ubat tahan sakit, nanti oklah.

Adakah anda pasti tindakan anda betul?
Kita ada badan yang sangat cerdik. Ia beri signal untuk memberitahu jika ada sesuatu yang tidak kena. Kemungkinan ada kecederaan tisu atau risiko untuk cedera, ia beri emosi tidak selesa. Seperti mesin atau alat, jika ada benda yang nak rosak, ia tunjuk sesuatu dulu seperti ada bunyi, penggunaan tak lancar atau mungkin bergegar. Apa akan jadi jika kita paksa alat tersebut terus digunakan tanpa dibaiki terlebih dahulu? Risiko kerosakan lebih teruk. Begitu juga badan kita, risiko kecederaan lebih tinggi.
Sakit terbahagi 2 iaitu akut dan kronik. Sakit akut boleh jadi sangat sakit tapi jangka masa pendek. Ini untuk badan beritahu ada kecederaan atau kerosakan setempat. Biasanya kena rawat punca, contoh sakit gigi. Sakit kronik pula adalah sakit berpanjangan, boleh jadi sangat sakit atau tidak berapa sakit. Seperti arthritis, sakit belakang atau migrain
Sakit disebabkan senaman.
Sebenarnya adalah perkara normal disebabkan rangsangan baru dari badan, menambah beban atau intensiti juga dikira ransangan baru. Badan mengambil masa 6-8 minggu untuk adaptasi. Sakit ini dipanggil DOMS. Tetapi wujud juga kecederaan disebabkan senaman atau bersukan, selalunya berpunca dari terlebih latih (over training) atau terlebih guna (overuse). Bila perlu jumpa doktor?
- Skala sakitnya terlalu tinggi
- Sakit yang membuatkan kita tidak boleh bernafas atau lemas
- Sakit berpanjangan dan kita tidak dapat tidur
- Sakit yang tidak berkurang walaupun setelah berehat atau setelah gunakan pad panas atau sejuk.
Ada banyak jenis ubat sakit tahan atau NSAID, Tinjauan oleh National Health and Nutrition America pada tahun 1999-2000 mendapati 14% individu mengambil ubat tahan sakit hampir setiap hari dalam tempoh sebulan untuk merawat pelbagai penyakit, termasuk sakit otot. Tidak mustahil nilai ini lebih lagi kerana kajian tidak menyeluruh, perkara yang sama mungkin terjadi di negara kita kerana ubat mudah didapati walaupun ada ubat hanya dengan preskripsi doktor tetapi banyak yang dijual di kaunter farmasi atau kedai ubat.
Sikap ini agak membimbangkan, ramai atlet menggunakan NSAID untuk mengelak kesakitan. Mereka hendak cepat sembuh untuk kembali beraksi dalam sukan. Ubat tidak lagi untuk teraputik tetapi lebih kepada hendak menyembunyi kesakitan dan memudahkan prestasi. Sehingga mereka mengabaikan kesan sampingan pengambilan ubat-ubatan dalam jangka masa panjang. Sakit perlu dirawat, berdasarkan tahap kecederaan, doktor mungkin nasihat berehat untuk proses pemulihan dan jika perlu dirujuk untuk rehabilitasi.
Penggunaan ubat tahan sakit ia akan beri kesan seluruh badan bukan hanya bahagian yang sakit, ia akan mengakibatkan badan kita tidak memberi tindakbalas sepatutnya supaya kita terus berlatih dengan betul. Jangan sekali-kali ambil ubat tahan sakit untuk berlatih. Latih otot dengan betul untuk kuat supaya kurang beri tekanan pada struktur sakit.
Singkatan:
DOMS : Delay Onset Muscle Soreness
NSAID : non-steroidal anti-inflammatory
RUJUKAN :