Sakit Sciatica

Sciatica merujuk kepada sakit yang merebak sepanjang sarat sciatic daripada pinggang ke pinggul, dan turun ke kaki. Biasanya sciatica kena pada 1 kaki sahaja. Biasa bila kena herniated disk atau lebih dipanggil slip disc, terdapat saraf yang ditekan. Ia menyebabkan keradangan, sakit dan kebas pada kaki yang terlibat.

Sakit boleh jadi teruk, ada juga boleh dibetulkan tanpa pembedahan. Mereka yang berdepan masalah sciatica biasanya berdepan dengan kelemahan di kaki, masalah bowel atau berak dan pundi kencing.

Apa simptomnya?

Sakit yang merebak daripada bahagian pinggang, lumbar kepada punggung dan turun ke bawah ke kaki. Anda mungkin rasa tak selesa di mana-mana saraf itu berada. Sakit boleh jadi sikit, kepada teruk, rasa terbakar dan sangat sakit. Ada kalanya seperti elektrik. Ia boleh jadi teruk apabila anda batuk atau bersin, dan juga duduk terlalu lama. Biasanya sebelah badan sahaja.

Kursus Kecergasan 2025

Punca?

Sciatica berlaku bila saraf sciatic ditekan. Biasanya disebabkan herniated disc atau tulang terlebih besar di vertebrae. Ada kes jarang, saraf mungkin ditekan oleh tumor atau rosak disebabkan penyakit seperti diabetes.

Risiko meningkat dengan usia. Selain itu, mereka yang obes juga boleh menyebabkan perubahan pada bahagian spinal. Diabetes meningkatkan risiko kerosakan saraf dan salur darah. Mereka yang kerja berat, atlet dan sebagainya mungkin berisiko juga buat angkatan yang tidak betul. Mereka yang kerja duduk untuk 1 jangka masa lama pun boleh bentuk masalah sciatica ini.

Jadi apa rawatannya?

Ada kes mungkin memerlukan pembedahan. Jika tak serius, anda boleh buat rawatan sendiri dengan buat regangan. Cuba tengok regangan piriformis di bawah. Selepas itu, letak hot pack dekat tempat sakit, biasanya di pinggang. Jika keadaan serius, boleh jumpa fisio terapi berdekatan anda. Jika sakit teruk, jumpa doktor.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: