Kecederaan Ketika Bersenam

Apakah kecederaan yang biasa berlaku semasa bersenam?

1. Sprain dan strain. Ia dua benda berbeza. Sprain berlaku di tendon, manakala strain di otot. Sprain biasa berlaku di buku lali, lutut dan pergelangan tangan. Bahasa pasarnya kita panggil terseliuh. Bukan kata tempat lain tak berlaku, cuma ini adalah kes biasa semasa bersenam. Strain bila otot tak mampu tampung latihan di buat.

2. Kejang. Mereka dengan masalah dehidrasi, kurang pengambilan garam cenderung berdepan kekejangan. Ianya sangat sakit. Kejang bahagian bawah badan kerap berlaku pada pelari. Anda boleh regangkan atau urut otot tersebut untuk kurangkannya. Jika perlu, tingkatkan pengambilan potassium daripada sumber seperti saleri (daun sup), pisang dan sebagainya.

3. Keradangan. Ia satu istilah yang besar. Boleh jadi disebabkan bursitis, fasciitis, tendonitis dan sebagainya. Biasanya disebabkan pengunaan terlalu banyak dengan ulangan tinggi. Bursitis ini adalah keradangan bursa, yang bertindak sebagai penyerap dalam sendi. Fasciitis bermaksud fascia yang balut otot dan tendon keradangan. Keradangan tendos pula dipanggil tendonitis.

Anda berdepan kecederaan? Kecederaan apa kalau boleh kongsikan di bawah;

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

2 thoughts on “Kecederaan Ketika Bersenam

  1. Noor Azreen bt che din says:

    MTP joint swelling after long run

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: