Otot Tiba-tiba Lemah Nov13

Kongsi

Otot Tiba-tiba Lemah

Kenapa otot tetiba lemah?

Otot lemah atau myasthenia adalah pengurangan kekuatan dalam 1 atau lebih otot. Ia adalah simptom biasa untuk masalah otot, neurologikal dan metabolik.

Ada banyak penyakit yang boleh dikaitkan dengan masalah ini seperti muscular dystrophy dan dermatomyositis, yang disebabkan oleh keradangan. Masalah otot ini dikaitkan dengan kelemahan otot. Masalah neurologikal pula boleh jadi guillain-barre syndrome, masalah autoimmune, amyotrophic lateral sclerosis ALS, strok, dan saraf tertekan. Masalah autoimmunne myasthenia gravis datang dengan masalah otot lemak dan penglihatan menjadi dua atau double vission.

Masalah metabolik pula seperti addison dan hyperthyroidism juga boleh menyebabkan otot lemak. Ia juga boleh jadi penyakit charcot-marie-tooth. Banyak lagi penyebab otot tetiba jadi lemah seperti keracunan, botulism dan paras potasssium yang rendah.

Bergantung pada penyebab, ia mungkin hadir dengan sakit atau tidak, atrophy atau pengecutan otot, kejang atau masalah lain. Dalam kes tertentu, ia mungkin petanda strok. Jika perlu, dapatkan khidmat doktor dan bukan dengan hanya berehat atau mengurut badan.Kursus Kecergasan 2021

Simptom lain yang mungkin hadir di samping kelemahan otot;

* rasa terbakar
* rasa nak terjatuh
* kehilangan koordinasi otot
* muscle spasm atau kekejangan yang teruk
* sakit
* paralysis atau separa lumpuh
* sakit mencucuk
* kejutan pada otot

Simptom mungkin bertambah bergantung pada sistem badan yang lain. Ada kes yang boleh bawa kepada kematian.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube