Sazali, Nicol dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2014

Sazali Samad dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 2014, manakala Datuk Nicol Ann David dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan 2014 dalam majlis Anugerah Sukan Negara yang diadakan di Hotel Dosett Subang semalam, 28 April 2015.
Ia anugerah kali keempat buat Sazali yang namun lebih cemerlang buat Nicol yang memenanginya anugerah berprestij itu buat kali kesembilan selepas kali pertama memenanginya sejak 1999.
Sazali Samad memenangi gelaran Mr Universe buat kali ke-10 di Kejohanan Dunia di Mumbai sekali gus mencipta rekod untuk Malaysia sebagai pemegang rekod dunia terbanyak. Sazali sebelum ini meraih gelaran berkenaan bermula di Melaka pada tahun 2000, Moscow, Russia (2004), Ostrava, Republik Czech (2006), Jeju, Korea Selatan (2007), Dubai (2009), Varanasi, India (2010), Melaka (2011), Bangkok, Thailand (2012) dan Budaors, Hungary (2013).
Manakala, Nicol pula tak asing masih memegang rekod pemain squash wanita nombor 1 dunia. Tahun 2014 ditamatkan dengan menjuarai Kejohanan Skuasy Wanita Dunia 2014 dengan menewaskan peserta tuan rumah Mesir, Raneem El Weleily. Nicol begitupun tidak hadir ke majlis terbabit kerana sedang menyertai kejohanan di luar negara.
Kedua-dua pemenang anugerah utama membawa pulang piala dan hadiah wang tunai bernilai RM20,000 setiap seorang dengan hadiah disampaikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Senarai pemenang Anugerah Sukan Negara 2014
Olahragawan Kebangsaan – Sazali Samad (Bina Badan)
Olahragawati Kebangsaan – Datuk Nicol Ann David (Skuasy)
Pasukan Lelaki Kebangsaan – Muhammad Faizal Norizan, Ahmad Syukri Abdul Aziz (Pelayaran)
Pasukan Wanita Kebangsaan – Datuk Nicol Ann David, Low Wee Wern, Delia Odette Arnold, Zulhijjah Azan, G Venessa Raj (Skuasy)
Olahragawan Paralimpik Kebangsaan – Allahyarham Mohd Azlan Mat Lazim (Olahraga)
Olahragawati Paralimpik Kebangsaan – Siti Nooriasah Mohammad Ariffin (Olahraga)
Jurulatih Lelaki Kebangsaan – R Jeganathan (Olahraga)
Jurulatih Wanita Kebangsaan – Tiada Pemenang
Anugerah Kepimpinan Sukan – Datuk Ong Poh Eng (Angkat Berat)
Anugerah Tokoh Sukan – Tiada Pemenang
Anugerah Khas – Mohd Afendy Abdullah (Pelayaran), Mendiang Peter Rajah (Bola Sepak)