Sazali Samad vs Lee Chong Wei

Ramai marah apabila kononnya atlet bina badan Malaysia, Sazali Samad tidak dipertahankan berbanding dengan Datuk Lee Chong Wei. Kenapa? Adakah bina badan merupakan sukan kelas kedua? Adakah sukan badminton mendapat sokongan-sokongan tertentu? Apakah tiada sokongan daripada Persekutuan Bina Badan Malaysia? Tiada sokongan daripada Majlis Sukan Negara, MSN? Tiada sokongan daripada Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan? Sebagaimana yang digembar-gemburkan, “Tiada sesiapa sudi bantu saya”?

“Tiada sesiapa sudi bantu saya” – Sazali Samad
http://www.astroawani.com/berita-sukan/tiada-sesiapa-sudi-bantu-saya-sazali-samad-88683

Penafian MSN tidak beri sokongan
http://www.sinarharian.com.my/sukan/sazali-mohon-maaf-msn-nafi-tidak-beri-sokongan-1.470741

Dunia bina badan dikejutkan dengan berita Sazali Samad, juara dunia 10 kali digantung empat tahun oleh Persekutuan Bina Badan Malaysia selepas didapati positif steroid dalam ujian doping (urine test) yang dilakukan Adamas, September lalu.

Ujian doping positif, ‘Mr Universe’ Sazali Samad digantung empat tahun
http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/ujian-doping-positif-mr-universe-sazali-samad-digantung-empat-tahun

Sazali Samad

Sebelum itu, jom kita kenal steroid. Steroid adalah sebatian kimia dengan aturan tertentu dan fungsi tertentu. Steroid secara umumnya bukan bermaksud steroid untuk bina badan. Steroid ada pelbagai seperti steroid anabolik, corticosteroid dan sebagainya.

Jika seorang atlet kantoi doping, dia boleh kemukakan untuk ujian sampel B. Dalam kes Datuk Lee Chong Wei, dia buat ujian sampel B dan disahkan positif deksametason, iaitu sejenis steroid yang digunakan sebagai anti keradangan, atau dalam bahasa mudahnya untuk merawat kecederaan. Manakala Sazali Samad kantoi 2 steroid kelas S1 (Anabolic Agents). Ia jelas menunjukkan dua kes berbeza. Kes doping Sazali Samad melibatkan 2 jenis steroid (Rujuk dalam link di bawah).

NSC Has Always Supported Sazali Samad
http://malaysiandigest.com/sports/588962-nsc-has-always-supported-sazali-samad-dg.html

Bahan terlarang menurut WADA
https://www.wada-ama.org/en/what-we-do/prohibited-list

Datuk Lee Chong Wei digantung 8 bulan selepas rayuan.
Sazali Samad digantung 4 tahun.

Chong Wei Digantung Lapan Bulan
http://www.mstar.com.my/sukan/raket/2015/04/27/chong-wei-digantung-8-bulan/

Kursus Kecergasan 2024Sazali Samad ‘menolak’ ujian sampel B dengan alasan tiada siapa beri nasihat mengenai sampel B. Sehingga kini masih mengatakan bahawa makanan tambahan yang dibelinya di Amerika Syarikat pada Jun 2015 antara pendorong wujud bahan terlarang dalam badannya. Seolah-olah mengatakan terdapat steroid dalam makanan tambahan yang dijual di kedai? Kaedah mudah kemukakan rayuan, bagi mengurangkan tempoh pergantungan adalah dengan melakukan ujian sampel B dan ujian sampel makanan tambahan yang dibelinya. Timbul persoalan di sini, kenapa menolak? Takut pengesahan sampel?

Ops, saya pun menggunakan makanan tambahan. Ada steroid ke? :D. Pernah terjadi kes yang sangat lama sebelum ini, ada makanan tambahan ada steroid, akan tetapi FDA telah mengawal ketat penghasilan makanan tambahan. Adakah masih ada kes pada tahun 2015? :p. Kategori S1 (Anabolic Agents) pula itu. Jika benar makanan tambahan, cuba namakan makanan tambahan tersebut untuk dibuat ujian. Jika tiada, pihak penuduh yang akan di saman kembali. :p

Persatuan Bina Badan Malaysia melakukan ujian doping pada 1 September yang lepas, sebelum kontinjen negara berlepas ke Tashkent, Uzbekistan bagi menyertai Kejohanan Asia Ke-49, dari 29 September hingga 5 Oktober 2015. Dua atlet disahkan positif. Ia bukan ujian rawak. Ia ujian yang dijangka. Setiap tahun beliau akan diuji sekurang-kurang dua kali sebelum menyertai Kejohanan Asia dan Kejohanan Dunia. Jika ‘dijangka’, seorang atlet sepatutnya ‘bersih’ sebelum ujian. Seperti kata pepatah, “pandai berak, pandailah cuci”.

Mungkin ramai tak tahu, ketika Sazali Samad kantoi ujian tersebut. Beliau keluarkan kenyataan beliau alami kecederaan bahagian bawah badan dan lutut dan terpaksa melupakan hasratnya untuk meraih gelaran Mr Asia buat kali ke-10 di Tashkent. Peluang mempertahankan gelaran Mr Universe di Thailand pun dikatakan samar. Persatuan menutup cerita selama 5 bulan dan akhirnya persatuan disalahkan, kononnya tidak membantu. Persoalannya, kenapa perlu tipu?

Jika Persekutuan Bina Badan Malaysia bertindak menarik balik pergantungan, bagaimana dengan pandangan di peringkat dunia? Kes ini akan dijadikan rujukan. Selamatkan seorang atlet, jatuhkan persatuan?

Sazali terpaksa lupa impian
http://www1.hmetro.com.my/node/81400

Sebelum ujian doping, kedua-dua atlet antara yang ke Singapore bertemu Milos Sarcev. Hehe.
Kedua-dua kantoi doping ‘serentak’. Milos Sarcev memang terkenal dengan isu steroid. :p. Oh ya, 2 orang atlet bina badan yang kantoi. Bukan seorang.

Ada yang kata, tak pakai steroid tak boleh jadi atlet yang hebat. Menjawap persoalan ini, sebagai atlet di Malaysia, kita terikat dengan peraturan tertentu seperti peraturan doping demi keselamatan atlet. Bayangkan sebuah negara tanpa peraturan penggunaan bahan terlarang, ramai akan berlumba-lumba menggunakannya. Dalam perubatan, steroid adalah pilihan terakhir selepas nSAIDs tidak berkesan, dan bukan untuk tujuan rekreasi atau sukan kerana kesan sampingannya yang diluar jangkaan.

Jika peminat terus menimbulkan provokasi mengatakan bahawa steroid dan bina badan tidak dapat dipisahkan, adakah peminat ingin skim bantuan atlet bina badan ditarik? Terang-terangan menggunakan steroid? Menjadikan ia seolah sukan mempromosi steroid? Adakah peminat ingin sukan bina badan dikeluarkan daripada senarai sukan di Malaysia?

Saya rasa, bahagian paling kelakar, apabila si pendek mengaku jadi jurulatih kepada Sazali Samad. Kenapa ‘jurulatih’ Sazali Samad ini tidak dipersoalkan? Bukan jurulatih sepatutnya bertanggungjawab ke? :p. Pihak Adamas dan Wartawan pun taknak tanya dia. 😀

Malek Noor

Pada 20 Disember yang lepas, Bekas jaguh bina badan negara Datuk Malek Noor menggesa atlet yang didakwa gagal dalam ujian doping, Sazali Samad bersara dari arena sukan itu. Mungkin ini antara pilihan yang ada dikala usia yang semakin meningkat. Timbalan Presiden Persekutuan Bina Badan Malaysia, Datuk Dr Ahmad Badrus Othman, berkata peluang Sazali dalam arena bina badan masih terbuka selepas tamat tempoh penggantungan kerana beliau boleh menyertai kategori senior atau masters.

Kantoi doping, Malek Noor seru Sazali Samad bersara bina badan
http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/kantoi-doping-malek-noor-seru-sazali-samad-bersara-bina-badan

Saya dah utarakan lama sebelum ini, Persatuan perlu naikkan bakat-bakat baru. Kita ada ramai bakat-bakat baru di Malaysia tapi asyik muka sama ditampilkan. Bukan kata bakat baru tak berpotensi tapi bagi saya, jauh lebih baik pun ada. Saya rasa ramai setuju dan tak perlu saya namakan sesiapa. Ambil pilihan bersara seperti disarankan oleh Datuk Malek Noor.

Adamas: Kejahilan adalah juga suatu kesalahan

http://www.sinarharian.com.my/sukan/adamas-kejahilan-adalah-juga-suatu-kesalahan-1.471003

‘Ini ujian ALLAH buat saya’
http://www.sinarharian.com.my/sukan/ini-ujian-allah-buat-saya-1.464695

Tajuk ujian Allah ini seolah-olah menunjukkan, Allah beri kebenaran untuk pakai seluar dalam dan dipamerkan di atas pentas. Ia mungkin bukan ujian, tapi menunjukkan tuhan masih sayang dan minta bertaubat segera.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

2 thoughts on “Sazali Samad vs Lee Chong Wei

  1. molek noh says:

    Secara logik, dah bertahun2 bina body, takkan la dia tak amik port langsung apa yg dia makan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: