Sejarah Diet dan Supplement Detoksifikasi

Walau bagaimanapun, tanggapan mengenai pembersihan dalaman (internal cleansing) telah muncul semula bersama-sama dengan kebangkitan perubatan alternatif pada tahun 1970-an. Teori ini tidak saintifik dan anakronistik. Dengan kebangkitan perubatan alternatif, ramai individu atau pihak yang mengunakan diet detoks sebagai platform politik untuk menyokong idea menyelamatkan alam sekitar daripada pencemaran alam dan toksik. (3)
Kajian yang dilakukan pada 2015 oleh Klein et al mengenai diet detoks menyimpulkan yang tiada bukti yang kukuh untuk menyokong penggunaan diet detoks untuk pengurusan berat badan atau penghapusan toksin. Klein et al juga melaporkan yang kos kewangan tinggi kepada pengguna, tuntutan yang tidak berasas dan potensi risiko kesihatan produk detoks menyebabkan diet detoks tidak digalakkan diambil orang ramai oleh para dokter dan staff kesihatan. (4)
Ramai pakar mencirikan idea detoks sebagai mitos pemasaran, manakala pengkritik lain menggelar idea itu sebagai penipuan.(5) Organisasi NGO yang dikenali sebagai Sense about Science dari England menyiasat produk-produk detok dan melaporkan yang ia membuang masa dan wang. Hasil daripada laporan NGO ini juga menyimpulkan bahawa istilah itu digunakan oleh banyak syarikat yang berbeza, kebanyakannya tidak menawarkan bukti saintefik yang kukuh dalam menyokong dakwaan mereka. (5)
Professor Alan Boobis yang merupakan seorang profesor dan ahli toksikologi di Imperial College of London juga menjelaskan bahawa system detoksifikasi manusia adalah sangat canggih. Tubuh manusia secara semula jadi mampu mendetok tanpa bantuan diet atau supplemen detoks. Anda boleh baca artikel di laman ini untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai fungi hati sebagai detoks: https://strengthsifoo.com/fungsi-utama-hati-dalam-kesihatan-manusia/. Beliau juga menyatakan yang dia adalah mengejutkan yang orang ramai bersedia untuk mengambil risiko serius mengganggu sistem ini dengan diet ‘detoks’ yang tidak terbukti, yang boleh mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan.
- Cook H. From the scientific revolution to the germ theory. Oxford University Press; 1997.
- Alvarez WCJJotAMA. Origin of the so-called auto-intoxication symptoms. 1919;72(1):8-13.
- Bitar AR. Diet and the Disease of Civilization: Rutgers University Press; 2018.
- Klein A, Kiat HJJohn, dietetics. Detox diets for toxin elimination and weight management: a critical review of the evidence. 2015;28(6):675-86.
- Smith T. List Labs History of working with Botulinum Neurotoxin.