Bagaimana Lemak Keluar dari Tubuh Kita?

Ramai antara kita yang mempunyai azam untuk menurunkan berat badan atau menurunkan jumlah peratus lemak dalam tubuh kita tertanya-tanya, bagaimana lemak keluar dari tubuh kita? Kebanyakan orang percaya bahawa lemak ditukar kepada tenaga atau haba, yang melanggar undang-undang pemuliharaan jisim. Artikel kali ini berfokus menjelaskan proses pemecahan lemak dalam tubuh kita.

Proses fat burning atau pembakaran sel lemak dalam tubuh kita dikenali sebagai lipolysis. Lipolisis ialah proses metabolik di mana triasilgliserol (TAG) terurai melalui proses hidrolisis kepada molekul konstituennya iaitu gliserol dan asid lemak bebas (Free Fatty Acid). Penyimpanan lemak dalam badan adalah melalui TAG adiposa dan digunakan untuk haba, tenaga, dan penebat.(1)

Bukan itu sahaja, malahan tubuh kita menggunakan simpanan lemak sebagai sumber tenaga utama sewaktu kita berada dalam kelaparan, memelihara protein. Secara keseluruhannya, lemak secara kuantitatif adalah bahan api yang paling penting dalam tubuh kita, dan tempoh masa seseorang boleh bertahan tanpa makanan bergantung pada jumlah lemak yang disimpan dalam tisu adiposa. (2)
Kursus Kecergasan 2024

Lipogenesis berlaku dalam organ hati dan tisu adipose di mana karbohidrat dan protein yang diambil dari pemakanan kita boleh ditukar kepada lemak. Karbohidrat boleh disimpan sebagai glikogen dalam hati dan otot dan boleh ditukar kepada trigliserida di dalam hati dan dipindahkan ke tisu adipos untuk penyimpanan.(3)

Oleh itu, lipolisis amat penting dalam keadaan metabolisme berpuasa apabila tahap glukosa darah telah menurun. Walau bagaimanapun, ia juga berlaku dalam keadaan basal (menyerupai kondisi tubuh kita saat kita berada dalam koma).(2)

Tahukah anda yang lemak keluar dari tubuh kita dalam bentuk gas. Saya tidak bergurau kerana lemak meninggalkan tubuh kita dalam bentuk gas karbon dioksida. Malahan, lemak juga dibebaskan sebagai air melalui air kencing dan peluh. Jadi jika anda memikirkannya, itu menyokong mengapa senaman adalah bahagian penting dalam penurunan berat badan. Badan anda membuang lemak melalui peluh, air kencing, dan udara yang dihembus.(2)

Gambar 1: Ilustrasi proses lipolysis. (4)https://www.bmj.com/content/349/bmj.g7257

Test stoikiometri yang dilakukan oleh Professor Andrew J Brown et al menunjukkan bahawa pengoksidaan lengkap 10 kg lemak manusia memerlukan 29 kg oksigen (O2) yang disedut menghasilkan 28 kg karbondioksida (CO2) dan 11 kg air (H2O). Maka dapat kita simpulkan dari formular ini yang 10 kg lemak tersebut keluar sebagai karbon dioksida atau air semasa proses lipolisis.(4)

Tubuh manusia boleh bertindak sebagai mesin pembakar lemak dan bergantung kepada makanan rendah kalori dan bukannya makanan tinggi kalori selain melakukan senaman atau aktiviti fisikal, mengelakkan toksin dan makanan diproses, dan mengikuti program diet yang disarankan oleh pakar pemakanan atau dokter perubatan yang arif dalam pemakanan sihat.

 

  1. Edwards M, Mohiuddin SS. Biochemistry, Lipolysis. 2020.
  2. Bolsoni-Lopes A, Alonso-Vale MICJAoe, metabolism. Lipolysis and lipases in white adipose tissue–An update. 2015;59:335-42.
  3. El-Zayat SR, Sibaii H, El-Shamy KAJBotNRC. Physiological process of fat loss. 2019;43(1):1-15.
  4. Meerman R, Brown AJJB. When somebody loses weight, where does the fat go? 2014;349.
Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: