Sukan Kekuatan Menggegarkan Sarawak: Sorotan Simunjan Strongestman 2025

Pada 4 Oktober 2025, Pekan Simunjan, Sarawak menjadi saksi kepada kehebatan luar biasa apabila Simunjan Strongestman 2025 berlangsung dengan penuh semangat dan sorakan penonton tempatan.

Pertandingan ini menampilkan rutin klasik dunia Strongman yang benar-benar menguji kekuatan, ketahanan, dan semangat juang setiap peserta:

  • Tyre Flip 450kg
  • Yoke Walk 260kg
  • Car Deadlift 4×4
  • Stone Over Bar 135kg
  • Truck Pull

Acara ini disertai atlet-atlet hebat dari Sarawak dan Selangor, dengan keputusan akhir seperti berikut:

  1. Muhammad Nur Arif B. Mohd Khalil – Juara dengan 49 mata
  2. Yong Chee Hang – Naib juara dengan 44 mata
  3. Muhd Redzuan B. Rosli – Tempat ketiga dengan 31 mata
  4. Richmond Mackenzie – Tempat keempat dengan 24 mata
  5. Hamzah B. Sepenmalijan – Tempat kelima dengan 18 mata

Pemenang membawa pulang hadiah tunai:

  • 1st Place: RM1200
  • 2nd Place: RM800
  • 3rd Place: RM600
  • 4th Place: RM400
  • 5th Place: RM200

Kursus Kecergasan 2024Tahniah kepada semua peserta yang telah memberikan persembahan luar biasa, serta setinggi penghargaan kepada penganjur tempatan, penaja, dan komuniti Simunjan atas usaha menjayakan acara ini.

Acara seperti ini bukan sekadar tentang kekuatan fizikal, tetapi tentang semangat perpaduan dan pembangunan sukan kekuatan di Sarawak, selaras dengan visi Malaysia Strongestman Association untuk memperluas platform atlet tempatan ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: