Thor Pecah Rekod Dunia Deadlift 510kg!

Dalam dunia olahraga kekuatan, deadlift adalah salah satu ujian paling ekstrem terhadap kekuatan otot, latihan mental, dan ketahanan tubuh. Pada 6 September 2025, di Birmingham, England, Hafþór Júlíus Björnsson — lebih dikenali sebagai “Thor” atau “The Mountain” — sekali lagi pecah rekod dunia dengan melakukan deadlift seberat 510 kg.

Rekod Sebelumnya

Sebelum angkatan 510 kg ini, beberapa rekod penting yang dipegang atau dipecahkan oleh Thor dan pesaingnya adalah:

Kursus Kecergasan 2025

Rekod Dunia Deadlift 510 kg

Di mana dan bila

  • Tempat: 2025 World Deadlift Championships, Birmingham.

  • Tarikh: 6 September 2025

Melakukan deadlift 510 kg bukan semata-mata tentang mengangkat berat; ia tentang melanggar batas kemampuan manusia dalam hal kekuatan ekstrem. Rekod ini mewakili puncak kekuatan fizikal, teknik, dan persiapan mental.

Rekod deadlift 510 kg oleh Hafþór Björnsson bukan hanya satu angka baru — ia adalah lambang keagungan dalam dunia kekuatan. Bagi saya, angkatan 510kg ini terlalu mudah baginya. Mungkin dia mampu angkat 525kg, tapi lebih baik menyimpannya dahulu. Mana tahu ada tawaran 100k USD lagi selepas ini.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: