Tandas

Apa perbezaan tandas cangkung dan duduk? Kalau ikutkan naluri, lebih selesa sebenarnya duduk tandas cangkung, lebih selesa membuang secara mencangkung. Thosmas Crapper mencipta tandas duduk dengan meletakkan lutut pada sudut 90 darjah ke abdomen kerana kononya ia lebih sopan dan bertamadun. Pada peringkat awal ianya digunakan untuk mereka yang kurang upaya tetapi kini digunakan oleh majoriti penduduk dunia kecuali di sesetengah negara.

Kursus Kecergasan 2024Perbezaan besarnya, duduk mencangkung memudahkan pengeluaran bahan buangan atau tahi manakala duduk memerlukan anda menggunakan kuasa meneran lebih, sehingga terdapat kes meneran mengakibatkan gangguan aliran jantung. Menurut kajian, tandas duduk mempromosikan sakit-sakit seperti buasir, apendiks, polip, ulser kolitis, sindrom usus terganggu, diverticular dan kanser kolon.

Bukti menunjukkan masalah usus dan pelvik mungkin berkaitan dengan postur tandas yang tidak sepatutnya. Hanya dengan kedudukan mencangkung badan anda akan menggalakkan pengosongan usus yang lengkap. Cuba lihat gambarajah di bawah.

Cuba bayangkan juga, kedudukan squat separuh dan squat penuh. Squat penuh mempromosikan kesihatan sistem pencernaan.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

10 thoughts on “Tandas

  1. sy suka tandas mencangkung… selain kesihatan ia jg sunah nabi s.a.w

  2. Datuk.. yang saya tahu.. selepas buat legs training.. hari selepas tu.. kalau duduk atas tandas duduk mmg terbaik.. mcm ada jarum cucuk di bibir punggung.. fuhhh mmg sedap penangan squat

  3. Dah ternampak gambar tu, nak tanye le gak, mana lebih baik waktu squad….lapik kayu bawah tumit atau flat tanpa lapik

    1. lapik kayu utk org yg ada masalah di archelis tendon. short archelis tendon.

  4. Dato’, camane pulak kalau low bar squat? sbb kalau low bar mesti x boleh buat squat penuh…camane ye?

      1. low bar tu yg bwh sikit dari tulang bahu, ala mcm dlm 5×5 tu…susah gak nk terangkan….

        1. low bar kalau betul sama dgn yg dimaksudkan, ada beberapa pro con. antaranya ia bagus sbb aktiviti more muscle tp sukar dilakukan dgn form yg betul. kebanyakan org sukar nak letak di tempat yg betul dan menyebabkan kecederaan di bahagian rotator

  5. mcmana pula utk org yang ada masalah buasir / peranakan jatuh?
    doktor nasihatkan supaya guna tandas duduk.
    adakah sebenarnya tandas cangkung juga sesuai digunakan org yang bermasalah begini? tq

    1. manusia didesign utk mencangkung. tandas cangkung lebih baik daripada tandas duduk.dalam kedudukan duduk, colon susah nak buang waste product dan perlu strain untuk buang. straining tu menyebabkan tolakan dgn diaphragm dan tahan nafas, valsalva maneuver, yg mana tingkatkan tekanan di rectum.

Leave a Reply to Broque Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: