Terlebih Senaman atau Overtrain

Ramai daripada kita, saya yakin alami masalah terlebih senaman. Berlebihan menyebabkan prestasi kita merosot tanpa disedari. Atau mungkin, dah buat latihan lama, tapi kesannya seolah tidak nampak. Di manakah silapnya? Senaman boleh jadi seperti dadah yang menyebabkan ketagihan. Ia adalah disebabkan endorphine dan dopamine dihasilkan badan dengan senaman yang kerap. Seperti kita melakukan sesuatu yang kita suka dan jadi ketagih. Ketagihan pada senaman biasanya menyebabkan badan terlebih senaman atau pun overtraining.

Apakah sindrom terlebih senaman?

• Letih, kurang tenaga
• Sakit-sakit badan
• Prestasi tiba-tiba merosot
Insomnia atau tak sukar untuk tidur
• Sakit kepala
• Sistem imunisasi merosot, senang kena deman, sakit tekak
• Kurang kekuatan daripada sepatutnya
• Kemurungan
• Kurang selera makan
• Kecederaan senang berlaku
• Peningkatan kadar nadi

Kursus Kecergasan 2024Sindrom terlebih senaman ini boleh terjadi disebabkan banyak faktor termasuk pemakanan yang tak baik, jet lag, sakit, tekanan di tempat kerja, datang haid dan sebagainya.

Punca daripada senaman:

• Mikrotrauma pada otot lebih banyak terbentuk dan badan mengambil masa untuk membaikinya. Kurang masa rehat diperuntukkan.
• Amino acid digunakan lebih cepat daripada diterima badan. Masalah yang dipanggil protein deficiency atau kekurangan protein.
• Kekurangan kalori yang menyebabkan otot katabolik.
• Hormon kortisol mula dirembaskan dan akan pertahankan lemak.
• Sistem saraf keletihan.

Overtraining-Terlebih-Latihan

Kesannya:

• Penurunan berat badan. Kebiasaannya penurunan otot.
• Kemerosotan kekuatan.
• Peningkatan kadar nadi rehat.
• Ketidakupayaan untuk menghabiskan latihan.
• Kesakitan otot melampau.
• Keletihan.
• Risiko kecederaan meningkat.
Lymphocytopenia.
• Sistem imunisasi merosot.
• Kitar period mungkin lari.
• Paras testosteron merosot.
• Paras kortisol atau hormon tekanan meningkat.
• Kurang selera makan.
• Kurang motivasi.
• Kemerosotan dalam aktiviti aerobik.
• Pemulihan yang perlahan.

Apakah kaedah merawatnya?

• Berehat daripada latihan untuk 1 jangka masa.
• Kurangkan intensiti latihan.
• Ubah jadual latihan anda.
• Bahagikan latihan kepada bahagian-bahagian badan berasingan. Latihan split.
• Tambah masa tidur.
• Urut sukan atau Deep-tissue. Bukan urut geli-geli.
Cryotherapy dan thermotherapy.
• Ubah pemakanan. Pastikan kalori mencukupi. Pastikan keperluan vitamin dan mineral dipenuhi.

Latihan menyebabkan badan tidak sempat pulih.
Latihan menyebabkan badan tidak sempat pulih.

Rujukan

1. Sharp, NC; Koutedakis, Y (1992). “Sport and the overtraining syndrome: Immunological aspects”
http://sportsmedicine.about.com/cs/overtraining/a/aa062499a.htm

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

6 thoughts on “Terlebih Senaman atau Overtrain

  1. terima kasih Dato’ for addressing this issue.

    saya rasa sebab saya tak berani nak ambil rest days dan continue to be in caloric deficit eventually menyebabkan progress saya merosot. body fat meningkat, strength depleted. dan stress di tempat kerja lagi.

    so, boleh saya rumuskan bahawa kalau fasted training (ala Ramadhan) memang tak sesuai kalau intense ke? ingatkan boleh speed up fat loss pasal huge caloric deficit + intense training. 🙁

  2. dimana ada perkhidmatan urut sukan atau deep tissue nie?

  3. Salam admin,

    Saya rasa saya alami gejala camni la dulu.. apa yg saya ingat kepala kerap sakit, gangguan tido, kurang selera, rasa kurang bermaya dari sepatutnyer dan lain2 kesan yg admin nytakan..

    semua yg kt bawah admin cirikan ini pernah berlaku. xder satu pun terlepas.

    sindrom terlebih senaman?
    • Letih, kurang tenaga
    • Sakit-sakit badan
    • Prestasi tiba-tiba merosot
    • Insomnia atau tak sukar untuk tidur
    • Sakit kepala
    • Sistem imunisasi merosot, senang kena deman, sakit tekak
    • Kurang kekuatan daripada sepatutnya
    • Kemurungan (sedih bila x dapat teruskan jadual sepatutnyer)
    • Kurang selera makan
    • Kecederaan senang berlaku
    • Peningkatan kadar nadi

    Saya berkerja shift yg panjang dan bertukar2 siang malam selang 2 minggu. Dan saya pasti semua terjadi disebabkan kurang rehat dan tidor yg x berkualiti.

    Di sebabkan semua itu saya amek keputusan hentikan semua aktiviti. Dan apa berlaku semua msalah tadi kembali pulih. saya dapat melakukan aktiviti senaman ringan secara konsisten dlm keadaan tenaga/semangat yg tidak memaksa dan rileks.

    P/s senaman ringan kt umah jer.. bila2 masa (hari2) dlm keadaan perfomance baik dan tidak tergesa-gesa. jimat masa bersiap dan traffic jem dan parking

    P/s /s post ni memberi kembali semangat yg hilang. tq. saya risau saya ada masalah lain rupanya maybe ini satu puncanyer

Leave a Reply to nazrin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: