Tutup Kipas Bersenam

Dah masuk tahun 2019, masih adakah yang masih tutup kipas untuk berpeluh di gim? Adakah anda masih bercaya, peluh itu bakar lemak?

Peluh adalah cara badan kita menyejukkan badan dalam memastikan berapa dalam suhu yang bersesuaian. Peluh bukan bermaksud bakar lemak. Lelaki di lahirkan dengan dua hingga 4 juta kelenjar peluh. Perempuan lebih, cuma kelenjar peluh lelaki lebih aktif.

Berapa banyak kita berpeluh bergantung pada jantina, jumlah kelenjar peluh, berapa panas suhu, intensiti latihan atau berapa cemas kita. Lelaki yang cergas berpeluh lebih banyak daripada perempuan yang cergas. Mereka yang lebih cergas biasa berpeluh lebih lambat berbanding mereka yang tidak cergas. Mereka yang tinggi peratus lemak, berpeluh lebih banyak disebabkan lemak jadi penebat yang menaikkan suhu.Kursus Kecergasan 2024

Ada juga faktor luaran yang main peranan dalam berpeluh ini seperti pengambilan kafein. Pengambilan kafein menyebabkan anda berpeluh lebih banyak. Begitu juga dengan pengambilan alkohol dan merokok. Pakaian juga main peranan menentukan jumlah peluh.

Peluh bukan petanda lemak terbakar. Anda tidak semestinya kena berpeluh untuk pastikan senaman itu effisien atau tidak. Bukalah kipas ketika bersenam. Bayangkan gim penuh dengan pelbagai bangsa bersenam dan tiada pengudaraan yang cantik untuk meyalurkan bau-bauan indah daripada setiap orang.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: