Wanita Maut Terjatuh Dari Tingkat Tiga, ‘Terpelanting’ Ketika Guna Treadmill
Seorang Wanita dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dari tiga tiga dipercayai terpelanting Ketika menggunakan treadmill di sebuah pusat kecergasan di Kota Pontianak, Kalimantan Barat pada tanggal 18 Jun 2024.
Ketua Polis Daerah Pontianak Komisioner Adhe Hariadi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata mangsa berusia 22 tahun itu meninggal dunia selepas mengalami pendarahan di kepala.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pontianak, Antonius Trias Kuncorojati memaklumkan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), ia memaparkan treadmill tersebut diletakkan membelakangi tingkap. Tingkap berkenaan kebiasaannya tertutup, namun ketika kejadian ia terbuka.