World Strongest Man 2021

Minggu lepas bermula 15 hingga 20 Jun telah berlangsung pertandingan yang dianggap terbesar dalam dunia sukan Orang Kuat iaitu World Strongest Man 2021.

Tuesday June 15th
Qualifying Round Day 1
??Loading Medley (all groups)
??Squat Lift (2 groups)
??Deadlift (3 groups)

Wednesday June 16th
Qualifying Round Day 2
??Fingal’s Fingers (3 groups)
??Train Pull (2 groups)

Thursday June 17th
Qualifying Round Day 3
??Overhead Medley (all groups)
??Pickaxe Hold (all groups, points leader advances)
??Stone Off (for final spot in final)

Saturday June 19th
Final Day 1
??Giants Medley
??Titan’s Turntable
??Keg Toss (for max)

Sunday June 20th
Final Day 2
??Log Lift for Max
??Deadlift
??Atlas Stones

Sebagaimana tahun sebelum ini, seramai 25 atlet telah dipilih untuk sertai peringkat kumpulan dan daripada jumlah itu, 10 akan dipilih ke pusingan akhir. 25 atlet dibahagikan kepada 5 kumpulan. 2 terbaik setiap kumpulan akan ke pusingan akhir. Ramai nama besar termasuk bekas juara 2020, Aleksii Novikov turut bertanding.

Pertandingan peringkat kumpulan berakhir dengan kejutan dimana bekas juara gagal ke peringkat seterusnya. Peringkat akhir disertai nama besar seperti Brian Shaw, bekas juara 4 kali WSM sebelum ini. Akhirnya nama baru, Tom Stoltman naik sebagai juara diikuti Brian Shaw dan Maxime Boudreault di tempat ketiga.

Tom Stoltman masuk berdua dengan adiknya Luke Stoltman dan kedua-dua menunjukkan prestasi hebat beberapa tahun kebelakangan ini. Luke Stoltman cuma meraih tempat ke 7 tahun ini. Beberapa atlet yang diletakkan harapan tinggi seperti JF Caron gagal menyerlah berikutan isu kecederaan dan cuma meraih tempat ke 5.

Tahniah kepada Tom Stoltman yang berusia 27 tahun. Ia merupakan permulaan baru era Stoltman. Tahun ini merupakan tahun ke lima atlet berbeza memegang gelaran World Strongest Man. Adakah Tom akan mengekalkan kejuaraannya tahun depan?

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: