Angguk dan Kata YA Sep16

Kongsi

Angguk dan Kata YA

Pada zaman milenium serba canggih ini, jika di Malaysia memasuki 48 tahun Persekutuan Tanah Melayu digelar Malaysia, kita diajar, dididik dengan pelbagai kepercayaan yang mana kini, jika kurang rasa tidak lengkap hidup.

Kursus Kecergasan 2017
Kita diajar mengambil pil sebagai jalan mudah untuk melegakan kesakitan. Kita diajar ke hospital untuk kembali sihat dan boleh teruskan kehidupan harian, kerja, kerja dan kerja cari duit untuk tanggung yuran perubatan. Apabila doktor kata perlu pembedahan, kita angguk dan kata YA. Apabila doktor kata perlu ambil ubat tahan sakit, aspirin, tylenol, ritalin, kita angguk dan kata YA. Kita diajar membeli insuran, kerana bayaran perubatan agak tinggi. Insuran boleh membantu, kita angguk dan kata YA. Kita dididik tanpa bantuan ubat-ubat dan lain-lain kita tidak boleh hidup dengan sihat. Kita angguk dan kata YA.

Apabila mengidap asma dan diberitahu kita tidak boleh hidup tanpa inhaler, kita angguk dan kata YA. Kita diajar jika tanpa pelbagai vaksin, boleh kena pelbagai penyakit, kita angguk dan kata YA sedangkan vaksin juga mampu membunuh. Adakah anda tahu vaksin dalam tempoh percubaan manusia dan tidak semestinya berkesan. Tahukah anda kenapa ada sesetengah vaksin ada nombor 1, 2, 3 dan seterusnya? Kerana vaksin yang pertama belum tentu berkesan, yang terakhir pun belum tentu berkesan.

Kita dididik untuk makan 1001 jenis pil vitamin. Jika tidak pelbagai penyakit akan datang. Kita angguk dan kata YA. Kita diajar untuk pakai segala macam makanan tambahan untuk sihat, untuk membentuk badan, kita angguk dan kata YA. Kita diajar, tanpa fat burner, lemak tidak boleh dibakar, kita angguk dan kata YA. Tahukah anda bahawa kebanyakan fat burner juga dalam tempoh percubaan manusia. Manusia dijadikan seperti tikus putih. Jika ada terlalu banyak komplikasi, produk tersebut akan ditarik balik daripada pasaran. Antara kes lama macam penggunaan ephederene. Selain itu terdapat juga produk yang menambah clenbutrol untuk mempercepat pembakaran lemak tetapi sudah ditarik balik daripada pasaran. Kita juga diajar tanpa steroid, badan tak boleh jadi. Kita angguk dan kata YA.

Disebalik semua ini, siapa yang untung?

Dalam negara merdeka, kita masih dijajah dalam bentuk pemikiran. Inilah Malaysia tanah air ku.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube