Bersukan VS Bersenam

Bersukan untuk jadi cergas atau jadi cergas untuk bersukan?

Play sport to get fit of get fit to play sport?

Kursus Kecergasan 2024

Mana satu yang betul? Bersukan untuk jadi cergas atau jadi cergas untuk bermain sukan. Saya selalu tanya soalan ini di dalam kelas yang saya ajar. Majoriti menjawab bersukan untuk jadi cergas. Kenapa? Di Malaysia rasanya kebanyakan dari kita dah terdidik, bila bercerita pasal senaman;

A: Kau bersenam tak sekarang?
B: Bersenam. Aku main badminton seminggu tiga kali.

A: Doctor, apa patut saya buat untuk turunkan tekanan darah saya?
B: Awak pergi bersenam. Petang-petang pergi lah joging atau main badminton, futsal dan lain-lain.

Pernah tak berdepan dengan seseorang atau mungkin diri sendiri, nak kata aktif, memang aktif, dengan petang-petang main bola, malam main badminton, hujung minggu joging, tetapi tiba-tiba kena sakit jantung, atau bila buat pemeriksaan, ada tekanan darah tinggi, paras kolestrol tinggi dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

Pernah dengar tak kes di Malaysia sekitar tahun 80an, seorang lelaki mati ketika bermain badminton akibat sakit jantung, dan kemudian seorang lagi dengan pangkat dato mati juga ketika bermain badminton, dan kemudian keluar dalam surat khabar mengatakan badminton merbahaya dan boleh membunuh. Atau pun kes yang tak berapa lama, seorang pemain bola mati di tengah padang? Banyak lagi kes melibatkan kematian mengejut ketika bersukan.

Pada oktober 1996, National Athletic Trainers’ Association Research and Education Foundation telah membuat kajian yang melibatkan badan sukan dan perubatan bertajuk Sudden Death in the Athlete. Rata-rata kes disebabkan mereka yang terlibat tidak cukup cergas untuk sertai sukan tersebut selain terdapat juga kes disebabkan penggunaan dadah sukan atau steroid. Jika tidak melibatkan kematian pun, pernah dengar tak seseorang yang tiba-tiba aktif bersukan mengadu sakit pinggang, lutut dan sebagainya?

Apa perbezaannya bersenam dan bersukan? Senaman yang baik akan sasarkan kebaikan pada 5 komponen kesihatan iaitu

1. Kardiovaskular
2. Daya tahan otot (stamina)
3. Kekuatan otot (strength)
4. Komposisi badan
5. Kelenturan (flexibility)

Manakala bersukan akan sasarkan sedikit daripada komponen kesihatan dan sikit komponen lakuan (skill) mengikut jenis sukan seperti

1. Ketangkasan (agility)
2. Kelajuan (speed)
3. Kuasa
4. Imbangan
5. Masa reaksi
6. Koordinasi

Bayangkan seorang dengan sekatan di dalam salur darah yang meningkatkan tekanan darah, tiba-tiba bersukan yang mana akan meledakkan denyutan jantungnya, terpaksa bekejar bulu tangkis dari kiri ke kanan, ditambah lagi dengan perut besar, kuat ke lutut dan pinggang dia nak menampung berat perut dengan gerakan begitu? Bersukan mungkin boleh meningkatkan sebahagian daripada komponen kesihatan untuk golongan-golongan tertentu.

Bagaimana bersenam? Senaman yang baik melibatkan senaman jenis aerobik dan anaerobik dengan intensiti latihan yang betul sesuai dengan sasaran. Latihan aerobik seperti berjoging, tarian, dan lain-lain. Manakala latihan anaerobik seperti latihan bebanan, rintangan. Boleh rujuk di laman-laman sebelum ini. Janganlah kita sebarkan pada yang lain, suruh bersenam tetapi jika ditanya bagaimana? Main badminton. Tidak salah jika ingin bersukan tetapi dalam masa yang sama sekalikan dengan bersenam. Dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar dalam bidang ini. Doktor perubatan di Malaysia khususnya kebanyakannya tidak tahu pasal bersenam. Jadi mereka bukan orang yang sepatutnya untuk dapatkan nasihat tentang senaman. Berjumpalah dengan terapi senaman atau jurulatih-jurulatih bertauliah atau sesiapa yang berkelayakan.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

25 thoughts on “Bersukan VS Bersenam

    1. Zaki Khan says:

      mari la kita bersenam dulu. :p

  1. mohd azrin says:

    TQ dato ngan info ni…sememangnya ramai yg tak tau ngan perbezaan bersukan dan bersenam.

    1. Zaki Khan says:

      tu la. masih ramai yg anggap bersukan ngan bersenam ni sama

  2. ade orang kate, buat size dulu baru buat cut..apa pendapat dato’

    1. Zaki Khan says:

      mmg seeloknya begitu kalau utk bina bdn. kalau nak buat cut sepanjang masa, susah nak nampak perubahan. cuma bila phase size tu, x perlu la buat dirty bulk, elok lg clean bulk. biasanya kebanyakan org bila saiz, semua benda makan, tu kita panggil dirty bulk, boleh mmg boleh tp bila cut nanti byk keje skit la. :D. phase biasa bg non compete boleh cuba 6 bulan size, 6 bulan cut, kalau competitior, kena adjust ikut contest.

  3. info yg lama sudah tau….tp masih tidak jemu membaca hehehe

    1. Zaki Khan says:

      :D. byk lg boleh olah ngan tajuk ni. tp bg pengenalan dulu la

  4. Coxn Azhar says:

    lepas 6 bulan..leh ke cuba cara Tri Set dalam laman ‘Masa Memotong’ tu Dato’

    1. Zaki Khan says:

      lepas 6 bulan dgn condition yg sesuai utk potong. bukan apa, takut 6 bulan pertama tu xtau training apa, muscle size pun xde lg, bila buat cut, kecut abis bdn

  5. bro,nk tnye sket la.kalu ade sakit2 mcm lenguh,sengal2 atau rase mcm muscle ade tarik2 cmne nk bwt? ade org ckp mkn ubat,sapu ubat,letak ais.cmne bro? thanx..

    1. Zaki Khan says:

      tarik mcm mana tu? due to doms? delay onset muscle soreness? sakit lepas workout? atau krem2? atau sakit mencucuk? atau sangat sakit?

      1. sakit nie kt bahu & sekitar lengan.dh agak lama skt tp x hlg2.skt 2 lebih kurang mcm lenguh2.ble workout,x blh nk angkt berat2 sgt coz nnti skt.tp kalu lepas workout x skt.kdg2 bgn tdo pun skt tp bkn skt sbb workout.sangat sakit 2 x ade.blh dikatakan mcm sakit mencucuk tp ble ade p’gerakan yg lebih pd bahu n tgn.salah baring,pegang or angkt berat2 die terasa sakit 2 menarik & mencucuk.lebih krg mcm 2 la bro.hehe.sory kalo sy terang x clear bro

        1. Zaki Khan says:

          kemungkinan besar ada limitation kat rotator. kena betulkan balik tu. ubat makan/sapu x berkesan, cuma boleh hilang sakit temporary. cari tukang urut @ sport massage@ therapist@ yg sewaktu dgnnya. kalau dekat dkt rawang, boleh dtg sini.

          1. thanks bro.insyallah kalo lalu or nk ke utara nnti sy singgah.thanks

  6. 1. dato boleh jelaskan aktiviti yang bakar lemak dan aktiviti yang bakar kalori.

    2. adakah weight lifting (anaerobik) bakar lemak?

    1. 1. bakar kalori tu general word, bakar lemak pun termasuk dlm bakar kalori. cuma adakah bakar kalori tu senaman? aktiviti harian kita pun bakar kalori, makan, tido, berjalan, dll

      2. anaerobik tidak bakar lemak secara direct tp ia membantu meningkat metabolisme.

  7. tq atas info, patutla selama ni duk main badminton badan tak turun2. kuingatkan sama. rupanya tak sama..

  8. AbsoluteBeginner says:

    dato, saya tak faham lah bnde ni “buat size dulu baru buat cut”.. size dan cut tu apa? baru lagi dalam bidang ni :p

  9. dato’, kalau nak buat size, ble x sambil2 tu push up ke chin up sit up ke atau ape2 senaman… n tu termasuk dalam cut jgak ke?
    (masih xpaham cut)…
    ble bg contoh cut…

      1. Sy biase main kt umah je.. Slain 2 sy main yg mcm latihan explosive yg dato tunjukkan… Xpenah lg angkat beban…

  10. mohd zaki says:

    Oh. Baru faham..ku igtkan sama. Tq dato’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: