Bunyi ‘Pop’ Pada Sendi Feb18

Kongsi

Bunyi ‘Pop’ Pada Sendi

Ramai berpengalaman buat squat dan dengar bunyi ‘pop’ pada lutut sehingga takut untuk melakukannya atau mencipta alasan daripada melakukan squat? Tapi yang pelik, bila bunyi ‘po’p di bahu masih lagi melakukan bench press. :).

Kebanyakan bunyi ‘pop’ boleh dikategori sebagai crepitus atau bunyi-bunyian di sendi. Ia adalah disebabkan cavitation. Saya tak jumpa perkataan yang sesuai untuk menggantikan cavitation. Cavitation berlaku disebabkan perubahan tekanan yang membenarkan karbon dioksida menyerap ke dalam bendalir atau sinovia di sendi yang mana akan keluar dalam bentuk buih gas. Apabila sendi ditutup dengan cepat, ia menghasilkan bunyi pop atau bunyi keretakan. Ia boleh berlaku di sendi-sendi lain seperti yang biasa kita buat, di jari. Tarik dan letupkan. Jangan amalkan tarik dan letup itu. Tidak elok untuk jangka masa panjang.

Kursus Kecergasan 2017Secara teorinya, ia akan mengarah ke arthritis tapi belum ada kajian yang benar-benar buktikannya. Ramai yang mengalaminya dan tiada masalah berdepan dengannya sehingga ke hari tua. Tiada gunanya mengambil glucosamine untuk masalah ini. Ia tidak membantu.

Jika pergerakan yang menghasilkan bunyi itu menyakitkan, ia masuk kategori yang lain. Ia mungkin disebabkan permukaan bawah patella atau penutup lutut berlaga dengan hujung tulang femur di peha. Keadaan ini boleh menyebabkan rawan atau cartilage lembut dan koyak. Kehilangan rawan ini boleh menyebabkan sakit di bahagian lutut terutama apabila melibatkan pergerakan mendaki tangga, duduk, bengkokkan lutut untuk jangka masa panjang dan kondisi-kondisi lain. Boleh ambil glucosamine sebagai pencegahan tetapi bukan jaminan cegah secara keseluruhan.Seeloknya betulkan kembali alignment badan dan lakukan senaman untuk kuatkan kembali lutut. Antara yang perlu dibetulkan termasuk mobiliti buku lali dan pinggul.

Apabila masuk kes begini, anda perlukan terapi fizikal dan dalam kes kritikal mungkin perlukan pembedahan. Terdapat juga kes-kes lain yang mengakibatkan bunyi ‘pop’ dan seterusnya menyebabkan bengkak, kebas dan sebagainya. Keadaan ini boleh dikategorikan sebagai kecederaan sukan. Dapatkan bantuan perubatan untuk pengesahan.

Chapter 428.1

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube