Diet Sihat

Bila cerita pasal diet sihat, ramai mula bayangkan;

‘aduh tak sedap’
‘apa nak makan?’
‘apa boleh dimakan?’

Diet sihat ini sebenarnya mudah dan kita boleh buat diet itu jadi sedap. Ada tahap tertentu bagi seorang yang masuk pertandingan perlu elak banyak benda. Bahagian itu memang sukar sikit tetapi itulah pengorbanan seorang atlet binabadan.

Kursus Kecergasan 2024

Diet Secara Am

1. Makan dibahagi kepada menu-menu kecil sekitar 6-8 kali sehari. Makan yang kerap meningkatkan metabolisme.
2. Seeloknya rancang apa yang hendak dimakan. Biasanya jika tidak dirancang, kita cenderung untuk makan lebih.
3. Jika baru mula, jangan terus ke diet 100%. Biasanya badan tidak dapat terima dan cenderung kembali ke tabiat asal sekitar 1-2 minggu kemudian.
4. Kunyah makanan sehingga hancur untuk memudahkan penghadaman.
5. Jangan terikat dengan 1 jenis makanan sahaja sehingga badan merasa bosan.

Dibawah cuma contoh untuk tunjuk kepelbagaian menu dalam diet. Jumlah diubah mengikut berat seseorang. Sesuai ikut sasaran, samada nak kuruskan badan, nak besarkan badan dan sebagainya. Antara pemilihan makanan boleh rujuk di laman Pelan Pemakanan.

Contoh Menu

Hari Pertama

Menu 1
1 kopi O
5 telur putih + 1 telur kuning scramble
2 roti toast
1 keju rendah lemak
1 sudu teh minyak zaitun
1 flaxseed oil
1 multivitamin
1 vitamin C 500g
1 vitamin E 400 IU
1 glucosamine

Menu 2
1 protein whey
1 quaker oat

Menu 3
1 nasi basmathi
2 brocolli stim
1 ayam bakar
1 flaxseed oil

Menu 4
1 Protein whey
1 quaker oat
1 vitamin C 500mg

Latihan bebanan

Selepas latihan
1 Biji pisang
1 Protein Whey

Menu 6
1 set ayam panggang Kenny Rogers
3 sub dish, buah + sayur
1 flaxseed oil

Menu 7
1 protein whey
1 quaker oat

Hari Kedua

Menu 1
1 kopi O
5 telur putih + 1 telur kuning scramble
1 yogurt rendah lemak
3 ham
1 sudu teh minyak zaitun
1 flaxseed oil
1 multivitamin
1 vitamin C 500g
1 vitamin E 400 IU
1 glucosamine

Menu 2
1 protein whey
1 quaker oat

Menu 3
1 kentang bakar
2 ikan bakar
1 salad campuran
1 potong betik

Menu 4
1 protein whey
1 quaker oat
1 vitamin C 500mg

Latihan bebanan

Selepas latihan
1 Biji pisang
1 Protein Whey

Menu 6
1 grainy cereal
1 dada ayam bakar
1 salad sayuran
1 flaxseed oil

Menu 7
8 telur putih
1 quaker oat

Hari Ketiga

Menu 1
1 protein whey

Latihan kardio

Menu 2
5 telur putih + 1 biji kuning separuh masak
1 wholegrain cereal
1 peanut butter
1 sudu teh minyak zaitun
1 flaxseed oil
1 multivitamin
1 vitamin C 500g
1 vitamin E 400 IU
1 glucosamine

Menu 3
1 protein whey
1 quaker oat

Menu 4
1 subway chicken terayaki
2 pisang
1 flaxseed oil

Menu 5
1 protein whey
1 quaker oat
1 vitamin C 500mg

Latihan bebanan

Selepas latihan
1 glukolin
1 protein whey

Menu 7
1 ikan siakap
1 pasta
1 karot
1 flaxseed oil

Menu 8
1 protein whey
1 quaker oat

Ulasan

Jika diperhatikan dalam contoh diet di atas;

1. Flaxseed oil ada dalam kebanyakan menu besar?. Flaxseed oil dapat membantu menolak kalori berlebihan daripada disimpan.
2. Vitamin C sebelum latihan bebanan? Mampu membantu mempercepat pemulihan.
3. Minyak zaitun? Sila rujuk di laman Minyak Zaitun.
4. Glucosamine? glucosamine digunakan sebagai langkah pencegahan untuk penipisan membran sinovia di lutut yang disebabkan oleh pergerakan melampau disebabkan bersenam.
5. Setiap menu ada gabungan protein dan karbohidrat. Membantu penyerapan dan meningkat metabolisme.
6. Protein sebelum latihan kardio di waktu pagi? Meningkatkan imbangan nitrogen di otot dan seterusnya mengurangkan risiko kehilangan otot akibat catabolisme disebabkan tidur yang lama di waktu malam.
7. Protein whey beserta oat? Memperlahan penyerapan protein dan mengurangkan pembaziran akibat pengaliran keluar. Tetapi selepas latihan tiada kemasukan oat disebabkan badan memerlukan protein dalam kadar yang segera.
8. Kemasukan karbohidrat selepas latihan? Badan memerlukan karbohidrat selepas latihan untuk mengantikan simpanan glikogen yang hilang dan seterusnya meneruskan pembakaran lemak selepas latihan jika program latihan adalah program membakar lemak. 30 minit kemudian barulah masuk protein whey. Jika terus menggunakan protein whey, ada kemungkinan protein tersebut akan digunakan sebagai tenaga.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

160 thoughts on “Diet Sihat

  1. Sempoy, byk membantu dlm kepelbagaian menu pemakanan harian neh…
    leh print lekat kt dapur… hehehe TQ en zaki!

    1. Zaki Khan says:

      haha. jgn tiru 100%. ubah ikut kesesuaian bdn. brapa jumlah protein/carb/fat

    2. Steamboat mcm seoul garden adakah diet..utk seafod la..

      1. kebanyakan bahan steamboat tak sesuai utk diet. kalau ikan/daging/ayam tu ok. yg bebola dll tak ok.

  2. bagus ni diet punye info…pasal mandul guna lipo 6 ni cuma dengar cakap-cakap orang. Katanya kesan lipo 6 ni panas. Sampa boleh rosak buah pingang dan akibatkan sperma terbakar.

    1. Zaki Khan says:

      sapa yg bawa crita ni? dah cari merata nak tgk case yg dilaporkan disebab lipo 6. kes2 minor byk, cam pening, x boleh tido dll. tp xde plak case mandul. n lipo 6 rasanya x terlalu panas. sperma terbakar tu camna plak? 1st time dgr. mcm2 istilah kat malaysia ni. :p

      1. kah3.. sperma terbakar.. pelik ayat baru tuh.. boleh tulis dkat buku nilam skolah.. 😀

  3. Coxn Azhar says:

    Flaxseed oil leh dapat kat mana ye..

    1. Zaki Khan says:

      kat farmasi ada. murah je. kalau brand kordel 2 botol besar kalau x silap rm90. 1 botol ada 120 biji. jd rm90 dpt 240biji.

  4. Flaxseed oil kedai kan byk

  5. Zaki Khan says:

    nanti saya masukkan 1 topic perbezaan antara minyak zaitun, flaxseed oil, telur kuning dll.

  6. khairul_aiman says:

    bro cmne nk elak kulit mengeleber bile dh kurus…dlu gemok lps tu dh turun brat…so nk elakkan kulit menggeleber cmne ek?

  7. kenapa makan telur putih sampai 5 biji sedangkan kuning cuma sebijik? ada perbezaan khasiat ke? terangkn sikit

    1. Zaki Khan says:

      pengambilan telur putih disebabkan kandungan protein nya. sebiji telur putih AA ada kira2 3g protein. telur kuning still cholestrol walaupun ada kandungan omega-6 yg boleh turunkan LDL. tp bila diambil byk, merbahaya.

  8. salam dato…dato ada 2lis topik ttg klbhn mnyak zaitun kn?kt mn yer?cr x jmpa plk skng…

  9. saya nk bertanya pada saudara zaki khan..kenapa setiap kali saya akan berasa panas bila selepas minum whey protein?terutamanya waktu malam..terima kasih

    1. Zaki Khan says:

      byk kemungkinan. salah 1 kesan thermogenic tu sendiri. tid protein sgt tinggi compare ngan carb n lemak. n teloransi setiap org juga berbeza. cuma jgn sampai berlaku kecederaan. ada kes sampai tekak luka gara2 ambil nitrotech. tolenransi dia terhadap protein supplement sgt tinggi.ada byk lg kemungkinan. mungkin pasal brand dll. tp as long tidak membahayakan. tiada masalah utk teruskan

      1. terima kasih kerana reply,saya menggunakan optimum nutrien whey..saya berasa panas terutamanya waktu malam selepas pre-bed meal(minum whey)..hari ini badan agak berasa panas tak henti-henti mcm nak demam,tapi da kurang sebab saya minum air kelapa sejuk

        1. oh ya..lupa saya nak bertanya…adakah ini ada kaitan dgn insulin badan?

  10. myenvyeyes says:

    Assalam, bro nak tanya..macam kami ni yang sibuk bekerja hingga malam takde masa nak kekalkan diet yang sihat..so weight gainer tu bagus tak bagi nutrisi yang perlu untuk muscle?

    1. Zaki Khan says:

      seperti yg saya biasa tegaskan, supplement itu bermaksud, makanan tambahan, perkataan ‘tambahan’ menunjukkan tambah jika perlu. cuma jgn jdkan pengganti meal.

  11. Salam, untuk gurl kalu minum whey protein akan bina muscle ker? sy baru ikut gym class and target ntuk kurus kan badan,

    1. muscle tetap ada pada laki dan prempuan. cuma x perlu risau utk prempuan sbb prempuan xde hormon lelaki seperti lelaki. ada sedikit tp tiada kilang memproses testosteron.

      cuma 1 je soalan utk prempuan. jika tidak mahu otot, mahu apa? lemak? pilih antara 2, otot atau lemak

  12. Salam Bro zaki, thanks coz share artikel & info ttg kesihatan yang terbaik dan byk memberi manafaat kepada semua..
    cuma nak tanya bro, dlm diet yg dinyatakan di atas tu ada diselitkan supplement2 seperti multivitamin, vitamin C 500g, vitamin E 400 IU, dan 1 glucosamine. boleh bro cadangkan brand yg terbaik utk setiapnya. terima kasih..

    1. kalau ikutkan, saya main amik je brand apa. antara top brand yg ok cam blackmore

      1. thanks bro, saya dah pun beli brand kordel’s 🙂

  13. Salam Bro….

    Saya mempunyai kilang minyak yang aktif sehingga rambut saya gugur. (mengikut kata konsultan Yun Nam). Soalan saya, adakah dengan memakan minyak zaitun dan falxseed boleh menambahkan pengeluaran minyak pada tubuh saya terutamanya bahagian rambut.

    1. salam. maaf lambat reply. ya jika diambil byk. jgn amik sampai overdose. tolenrasi setiap org mungkin berbeza. jd x dpt nak kata brapa byk. tp guideline mudah, amik 1 sudu teh minyak zaitun n x perlu melebihi 5g sehari flaxseed oil.

  14. askum tuan,

    klu kita mnm mnyk zaitun dan flaxseed oil pada masa yang sama, adakah ia memberi kesan buruk, sbb sy dlm proses nak turunkan berat badan….

  15. jan kenpaci says:

    nak tanya pasal nasi lemak. boleh abg terangkan sedikit tentang diet bina badan dgn nasi lemak. Apa kena mengenanya?
    Terima kasih

  16. assalamualaikum..nk tanya: kalau naik basikal..kayuh laju..rasa sakit kat lutut..knp ya?

    1. waalaikumsalam, ada apa2 masalah? kecederaan? pernah jatuh or apa2 kes

  17. Assalamualaikum en zaki, saya mempunyai masalah berat badan. Berat badan saya dahulu 54-55, tapi baru2 ni, berat badan saya naik mendadak. Saya dapati terdapat lebihan lemak dibahagian perut, pinggul dan peha. Saya bekerja didalam pejabat dan kurang bersenam. Saya inginkan berat badan seperti dulu. Ada tak senaman yang boleh saya lakukan untuk menghilangkan lebihan lemak tersebut dan apakah diet sesuai utk saya?

  18. adakah sandwich tuna ngan mayonis salah satu makanan diet?

      1. emm dato’, bleh x latihan beban dibuat selepas menu 6 iaitu selepas maghrib dr kul 8-9 malam?

          1. menu ape?

          2. contoh menu lepas training yg best cam ayam tandori. 🙂

        1. marwan cavanaugh says:

          kalo mkn cheese nan + ayam tandoori pas work out ok x dato’?

  19. xderototlagi says:

    kalo sy train awal pg kul 8am.coz keje msuk kul 2pm.mampukah menu 1 br energy pd sy nanti?
    minta pendpt dato.

    1. menu boleh diadjust mengikut masa latihan. yg atas tu cuma sample

  20. syafiqumat says:

    salam abang zaki…
    kalo saya dah ikowt smua ni.
    saya boleh lagi mengambil nasi???
    dan makanan tambahan..

      1. syafiqumat says:

        abang zaki boleh x tolong bg tips untuk besar kan badan.. dalam cara pemakanan.. saya hendak masok dalam bina badan… haram abng zaki boleh membantu saya

  21. Salam Dato.. Saya nak tanya pendapat Dato berkenaan dgn diet saya ketika sarapan.. Kalau saya amik minyak zaitun satu sudu teh bersama dengan telur setengah masak jenama nutriplus 2 biji + roti gardenia breakthru 2 keping + susu skim.. plus amik supplement flaxseed oil.. Adakah menu diet ini baik untuk meningkatkan metabolisma/turunkan berat badan? kalau ada yg x kena boleh x Dato ubahsuai sedikit supaya ianya sempurna? Thanks in advance

    1. apa kata tambah lg telur tu. tp putih je. ke 5 biji putih, 1 kuning.

  22. salam alaik..
    nak tny tuan supplement VYKMIN…adakah khasiat nya membantu dlm sukan bina badan nie? jika blh,huraikan skit vitamin2 yg ada pd VYKMIN nie..terima kasih..

    1. vkymin =multivitamin + mineral. vitamin mungkin membantu, mungkin tidak. ada org x perlukan vitamin tambahan. ada org ‘mungkin’ perlu. hardcore training mungkin perlu. kalau nak urai kebaikan, sy x jumpa plak ranking vitamin tu. nanti sy cari lg. list paling top, animal pack

      1. tq tuan..jazakallah…

  23. Salam Dato,
    berapa kalori utk subway sandwich roasted chicken? Ada x dlm 400kcal?

      1. maksud Dato separuh tu yg 6 inch ke? atau separuh dari 6 inch?

  24. Salam dato’

    i’ve sent my info about me for your comment..’
    really need u advice..thank you

      1. thank you
        need more comment

      2. berat bdn sy 76kg,tinggi sy 165cm,bmi sy 28++. so consider fat kn?walaupun xla gemuk cuma perut je nampak chubby ckit. boleh tak ‘dato’ recoment kn diet yg patut sy amalkn utk setiap hari..tq

  25. hanifharith says:

    Assalamu’alaikum dato,thnx for the info ^_^.Nak tanya satu lagi,saya quaker oat tu tekak saya xleh nak terima lagi la dato,,camne kalau saya ganti dgn oat yg nesvita tu ok ke?And satu lagi ok ke kalau nesvita tu minum dgn whet protein yg isolate nya??

    1. x ok. nesvita 3 in 1. 3 in 1 ni gula tinggi.
      cuba oat blend dgn whey protein

  26. salam dato..klu quaker oat tu nk tkr prgi milk low fat..blh x??

    pa prbezaan nya dato???

    1. benda lain2 tu. oat lebih pada fibre. low fat milk, memacam ada kat dlm, gula, protein dll. apa kata, campurkan

  27. erm…slalunya oat kn kna bncuh dgn air pnas..tpi klau nk cmpur kn dia whey protien dgn air sjuk..blh ke dato????

    klau sblm p gym whey protein cmpur milk low fat bgs x dato???
    pa kesannya???

    dato,dvd mr.natural tu psl pa???mcm mna nk buat bdan cam dia ke???da kuar ke dato???

    tq dato….salam

    1. blendkan, kalau campur camtu je mmg x jadi.

      sbelum ke gym, kalau campur skali whey+low fat+oat, pun ok

      dvd training je. sy x berani bg tarikh keluar lg. coming soon.

      1. erm…mksud dato oat tu x pyah msak atau letak air msk???cmpur kn smua pastu blendkn trus?????

        nk tnya jga..yg dato ckp menu 7 tu 8 tlur putih n 1 oat…tlur puith tu separuh msak ke atau rebus je???

        dvd training tu dia da ajar cra diet dia x???hehe mntau le jdi bdan cam die…hehe

        1. ya, blend terus

          separuh boleh, full pun boleh

          diet x kut, cuma training. diet sentuh skit2 je.

  28. salam…..entri diet utk student dh ade ke blom…

  29. if nk naikkan berat, bole ke ambik flaxseed oil?

    1. nape nk post komen, url not found?

  30. sye ade bca komen dato yg BCAA bole ambik 2 3 kali shari jika peruntukkn lbh, xpe ke dato coz direction tulis ambik 1 kali je shari pas meal

    1. boleh. mengikut keperluan badan. kebanyakan daripada kurang protein kalau kat malaysia ni.

  31. Error 404 – Page Not Found
    Sorry, what you are looking for isn’t here.

  32. Better range mcmana dato? sy terbeli 1500..

  33. salam datok, nak tanya. saya kurusss keding. so saya makan kerap sangat sebab nak tambah berat badan ni. tapi article kat atas datok ada ckp yg makan kerap tingkatkan metabolisme kan? mcm mane ni 🙁 dah la metabolisme ni mmg da tinggi tahap gile da ni.. x leh makan kerap lak tu ye 🙁 habis nak makan macam mana lagi 🙁

    1. mmg makan kerap meningkatkan metabolisme. tp dlm masa sama, itu je cara paling cepat utk makan byk. utk tingkatkan kalori. jd perlu tingkatkan kalori intake ke tahap lebih 30% daripada keperluan. badan akan naik agak lean berikutan metabolisme yg tinggi.

  34. Dato…kalau nak badan macam cutting…makan makanan seperti ayam bakar setiap malam ataupun sup ayam ok tak.
    Olive oil minum satu sudu macam tu sahaja ? Minum selepas breakfast atau selepas breakfast. Harap Dato boleh recommend yangl ebih baik. Thank..

    1. elok ayam bakar, elakkan sup ayam jika boleh.
      minum olive oil sebelum breakfast.

  35. sulaiman khan says:

    sya telah berlatih total body workout 3 kali seminggu dan cardio masalahnya berat badan sya kurang sedikit sahaja ..saya telah berlatih dlm 3 bulan dgn diet kuran crab..dan mgambil protien boleh ka dato terangkan kenapa berat badan sya kurang sedikit sahaja

    1. boleh detailkan lg bab makan, training. nak bg kesimpulan terus pun tak boleh.

      1. sulaiman khan says:

        ok.mkn meal1. 2 biji telur stgh masak dgn kopi tanpa gula ..meal 2. 2 biji pisang dgn whey protein..meal 3 . half nasi dgn ikan bakar dan sayur minum air kosong..meal 4. whey protein dgn sandwice tuna dan kopi tanpa gula..meal 5 .whey protein dan pisang ..meal 6. half nasi dgn tuna dlm tin serta sayur rebus…cardio pula sya jogging 20 minit running beselang dgn sprint 5 minit dan jalan kaki 5 minit utk cool down..total body workout pula squat 3 set 10 rep.incline banch press 3 set 10 rep.shoulder press 3 set 10 rep .bent over row 3 set 10 rep deathlift 3 set 10 rep.dip 3 set 12rep.lunge 3 set 10rep.sit up 3 set 20 rep sya lakukan dgn circut setiap set rest 90saat -1 minit

          1. sulaiman khan says:

            kalau diukur ukuran pinggang turun dlm 1 inch..baju yg dulunya agak ketat longgar sedikit ..cuma berat badan turun sedikit saja dlm 2kg dlm 3 bulan..tu yg saya agak kecewa sedikit salah ka program diet dan training yg sya lakukan

          2. makanan dah agak clean. penurunan pun ada. cuma mungkin agak slow utk 3 bulan. jd ada kemungkinan dari segi program. bdn mungkin dah start adapt dgn program yg sama. dah masanya buat perubahan program, ada tambah intensiti latihan?

  36. salam dato.saya bekerja xtntu masa.tapi setiap hari sy buat cardio n minum wo protein dan sy juga diet.tetapi berat badan sya seblum ni trun 5 kg,tp skang dia stay je.berat sy sblm ni 85 skarang 80.n tinggi 167.ada x tips2 untuk menurunkan berat badan.kalo saya ambil fat burner cmne dato.n untuk saya yg mana stu sy ptt ambl?lipo 6 or api,hydrocut?tq dato

  37. salam dato…
    saya mempuanyi tinggi 163cm dan berat 86kg buat masa ne saya baru dlm gym ne so dato ada cadangan yang sesuai untuk diet mknn dan latihan yg betul untuk menurunkan berat badan????

      1. ok…thanx dato….jika saya tidak mkn whey protien…mknn apa yg sesuai untuk menggantikan whey protine….

  38. Ahmad FND says:

    Salam…
    1. makan sup ayam+sayur tanpa nasi setiap malam adakah betul untuk mengurangkan berat badan.tq

    1. nak kurang berat ke nak kurang lemak? kalau nak kurang berat, puasa 3 hari pun turun berat. balancekan diet dgn carb, protein n lemak.

  39. Apple Ijo says:

    kalau lah kan , makan pisang banyak banyak , gemuk kan ke ? hohoho

    1. bila terlalu byk, kena ingat, ia masih kalori. terlalu byk boleh disimpan juga.

  40. Dato, bcaa, glutamine, creatine, whey hydro, cassein, whey isolate, vitamin c, mvit,
    Bagaimana aturan pengambilannya..
    Samada, sebelum training minum bcaa + dengan whey isolate.
    Dan selepas training minum glutamine + hydrowhey+ creatine selepas 30minit atau bagaimana….
    Cassein minum sblum tidur….
    Minta tlg benar2….

    1. lepas train, start dgn creatine+fructose, then bcaa, glutamine. lepas sejam whey. +vit C. pagi multivit+vitamin2 lain.

      1. Tq banyak2 dato, untuk sblum train pula, perlu minum whey ke? Kalau fructose tu saya gunakan dengan elektrolit spt excellrede atau gatorade bagaimana?

        1. boleh minum whey sebelum, tp adviseble tambah oat.
          boleh, tp kalau nak better, amik pisang.antara best choice. bila ambil gatorade dll, biasanya akan terlebih ambil berbanding keperluan

  41. Thanks dato.
    Bila saya ambik creatine dengan ON hydrowhey badan rasa panas,dan badan macam mengembang. Apa yang jelas bila ambik 2benda di atas, perut saya jadi boroi dan bertambah berat badan.
    Bila saya minum whey dan bcaa dan glutamine ok pulak.
    Apa sebenarnya fungsi creatine ni dato, adakah side effectnya akan tambah berat badan kita.

    1. Creatine basicly utk tenaga. Paksa buat utk anaerobic, lebih bebanan diangkat=lean mass.

  42. (pembetulan)ON Platinum hydrobuilder dengan creatine dato.

      1. Makan mcam biasa lebih kpada makanan jenis protein.
        Pada pandangan dato, perlukah saya teruskan pengambilan creatine.
        Train 5 kali 1 minggu.

        1. jumlah protein? jumlah kalori intake?
          creatine kalau ada modal, x salah.

  43. Zaleha Rahman says:

    Salam Dato,

    Menu yg dato beri diatas…hanya utk org yg bina badan je ke…
    saya dlm proces menurunkan berat badan…bole ke ikut menu diatas..

        1. Salam dato, kalau saya dah ambik fish oil, perlukah flaxseed oil diambik juga?

  44. Tq dato. Selama 3 minggu selepas mengikuti aturan loading supplement dari dato, dah ada perubahan.

  45. Salam dato, saya ada beberapa soalan..

    berat saya 109kg, tinggi 185cm dan berumur 31 tahun, telah memasuki gym secara on dan off selama 3 tahun.. tapi dengan azam tahun baru, saya nak build muscle dan buang lemak2, terutama di perut dan peha.. soalan saya.

    1)protein intake yang diperlukan adakah berdasarkan LBM@ berat badan keseluruhan?

    2)boleh x dato cadangkan pada saya pelan pemakanan yang bersesuaian untuk saya build muscle dan lose fat berdasarkan berat saya? paling tak, saya dapat jadikan panduan untuk pelan pemakanan saya.

    3)sekiranya saya tidak mendapat protein/bodyweight yang disarankan, adakan muscle saya dapat membesar?

    tqvm (^____^)

    1. 1. kalau ikutkan ada kiraan ikut muscle, tp agak leceh nak kira. ambil berat keseluruhan sahaja.
      2. kurangkan 10% drpd keperluan bdn. dah kira kalori intake?
      3. tidak.

  46. salam dato,
    saya amalkan diet + workout hampir sebulan lebih.
    mkn nasi putih + lauk tengahari sahaja. malam makan telur putih 3-4 biji.
    saya juga mengambil fat burner brand Grenade.
    minum whey protein selepas workout.
    sekarang saya mengalami masalah pening kepala dan saya terus berhenti mengambil fat burn tersebut.
    adakah effect daripada fat burn atau sebagainya?

    1. fat burner x sesuai utk mereka yg ada darah tinggi, dan sakit jantung.
      ia juga tinggi cafeine. mungkin ada alergic caffeine.

  47. Boleh tak kita ambil whey + glucolin immediately lepas workout. atau kena ambil glucolin setengah jam dulu? berapa ratio glucolin utk protein 24gram? (utk hari yang tak ambil pisang)..

    takut ambil terlebih sbb lemak badan cepat naik..

    1. ambil glucolin dulu. whey 30minit hingga 2 jam selepas workout. anggaran 24g ke 24g

  48. BESTNYA WEB NI!! tgah try utk disiplin, sbb sy spisis y addicted dgn makanan. huhu hopefully dpt guide line dr ZK. Female 160cm 88kg 22thn.

  49. salam,dato klau buat senaman waktu pagi kardio atau workout kena makan dulu ke sebelum tu…hrap dpat jwap

    1. amik protein sedikit. mungkin telur putih 2 biji. 45 minit sebelum

  50. lupa pulak…target sya ialah nak kurus dan nak otot

  51. mohd zaki says:

    Salam dato. Sy skarang berpuas hati dgn berat saya. Cuma problem kat belly fat ni. Sy nak buang belly fat ni..

    1.sy kene mkn kurang dari DCR jgk ke..atau

    2. Kene maintain mkn cmni dan buat kardio smpai hilang belly nih?

    *sbb kalau sy mkn kurang dari DCR nnti berat turun plak!. Mohon pencerahan dato.

  52. AsSalam , saya baru 3 bulan workout . saya mulakan dgn senaman squat setiap hari . tapi still tak nampak perubahan . mungkin saya jarang makan (busy) . saya tengah mencari supplement yg sesuai utk perempuan . kecewa juga , target tak kesampaian … senaman apa yg the best utk chest selain push up ya ?? tinggi saya 157 . berat 46kg . boleh en.zaki email details kt saya ?
    thanks 🙂

    1. wslm. byk sebab yg mungkin. majoriti disebabkan kalori yg terlalu rendah. mcm mana pun kena makan kalau nak dptkan hasil. supplement cuma tambahan.

  53. Wasalam dato…
    Sy br nk turunkan berat badan terutama bhgian perut..apakah langkah awal yg perlu sy lakukan?adakah senaman atau pemakanan?sekian..

  54. Assalamualaikum..
    maybe ni soalan bodoh yg sy ajukan..
    Sy cume nak tye kat dato’, pelan pemakanan di hari ke-2, “ham” tu ape maksudnye?
    …….Hamburger?

    1. kalau kat malaysia, ada chicken ham. dlm bentuk slice. mcm slice cheese.

  55. Miss Anne says:

    Assalamualaikum Dato. Maaf saya agak kucar kacir sikit dgn menentukan menu.. Saya latihan pada sebelah pagi.. Bagaimana nak susun menu ni Dato’ mengikut keperluan badan untuk membuang lemak 🙂

    Terima Kasih

  56. mohd ashaari says:

    Salam dato,saya nak wat size ramai org ckp kene amik super mass..bkn whey..jd bolehke sy nk wat size ikut pelan diet dato’tanpa guna super mass gainer

    1. mmg betul super mass utk size, tapi serving nya rendah. jadi banyak keluar modal.

  57. mohd ashaari says:

    Salam dato..nak tanye kalo nk wat size kene amik whey ke bkn super mass gainer

    1. kalau ada budjet, amik gainer. kalau xde budject pakai whey, tp lebihkan solid food.

  58. Salam dato..tggi sy 163,berat 63..target sy nk bsrkn bdn
    ..blh ke sy guna whey isolate utk bsrkn bdn..sebelum ni guna mass gainer..brape brt yg d prlukn utk bt saiz n then bru cut..tq

    1. kalau nak guna isolate. kena ada jumlah carb mencukupi drpd luar. tak boleh depend dgn protein saja utk saiz.

  59. Trima kasih dato..1 lagi soalan simple je dato,1 biji kentang rebus brapa gram carbo ada ya?tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: