Diploma Exercise Medicine

Berminat melanjutkan pelajaran dalam bidang kecergasan? Jom sertai Asia College of Exercise and Sport Medicine (A.C.E.S.M.). Dapatkan Diploma Perubatan Senaman. A.C.E.S.M. adalah satu-satunya kolej yang menawarkan Diploma Sains Senaman. Buat masa ini, kami hanya menawarkan program sepenuh masa.

Chapter-448-ACESM-Kemasukan-oktober-2013

Tempoh Pembelajaran selama 2 tahun setengah dengan 30 peratus teori dan 70 peratus praktikal. Kolej ini bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan melalui program Persenam atau Perubatan Melalui Senaman. A.C.E.S.M. juga bekerjasama dengan Semmelweis University, Hungary menjadikan peluang anda sambung belajar di sana tinggi untuk peringkat lebih tinggi. Buat masa ini, A.C.E.S.M. cuma menawarkan program Diploma dan akan dilanjutkan ke program Degree pada masa depan. Peluang pekerjaan dijamin.

Kami juga akan membantu anda dapatkan pinjaman PTPTN jika perlu. Jika anda daripada Sabah dan Sarawak, kos penerbangan akan ditanggung oleh pihak kolej. Buat masa ini, kolej bertempat di Setia Alam. Kolej utama di Sg. Siput masih dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada 2014.

Laluan Kerjaya
Laluan Kerjaya

Kemasukan seterusnya adalah pada bulan Oktober dengan kemasukan Pre-Class pada 19 Ogos 2013. Jika ada sebarang pertanyaan berhubung Program Diploma Perubatan Senaman, boleh hubungi saya di talian +6017 3999 125.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: