Kanak-kanak dan Latihan Bebanan

Guiliano Stroe

“Adakah kanak-kanak boleh membesar dengan latihan bebanan?”
“Adakah mereka boleh terbantut?”

 

Topik yang selalu ditanya. Ada yang kata boleh menyebabkan kanak-kanak terbantut. Dalam bahasa sainsnya disebut epiphyseal fusion yang menyebabkan bantut. Kita juga diberitahu, dari sudut hormon dan struktornya, kanak-kanak tidak sesuai dengan tekanan oleh latihan bebanan. Sejauh mana kebenarannya?Sebahagiannya mungkin benar. Menurut kata Edward Laskowski, M.D, “Latihan bebanan yang tinggi meletak tekanan pada otot, tendon dan plat tumbesaran, lebih-lebih lagi apabila teknik yang betul tidak digunakan demi mengangkat bebanan yang tidak mampu diangkat”.

Lebih baik tumpukan pada latihan kekuatan daripada latihan membina otot pada kanak-kanak. Tiada masalah untuk lakukan latihan bebanan pada kanak-kanak, cuma tidak digalakkan menggunakan beban atau intensiti yang tinggi. Betulkan kaedah pergerakannya berbanding bebanan. Elakkan jenis explosive seperti power clean yang mana memberi tekanan pada banyak sendi.Kursus Kecergasan 2024

Apakah usia yang sepatutnya mulakan latihan bebanan?

Tiada masalah untuk mulakan pada usia serendah 3 hingga 12 tahun tetapi sewajarnya berikan dalam bentuk permainan seperti squat sambil membaling bola dan sebagainya. Apabila mencecah usia 13 tahun, baru sistem saraf dan otot mula berfungsi sepenuhnya dan sesuai untuk latihan. Ada sesetengah kanak-kanak mungkin awal. Kanak-kanak di bawah usia 13 tahun rendah testosteron. Mereka juga rendah androgen iaitu hormon yang bertindak seperti testosterone dan androsterone.

Banyak sebenarnya kajian mencadangkan latihan pada peringkat usia muda iaitu usia sekitar 7 hingga 12 tahun. Menurut kajian berdasarkan populasi, kurang kecederaan disebabkan latihan bebanan berbanding sukan pada usia tersebut.

Guiliano Stroe
Guiliano Stroe, dilahirkan pada 2004, kini berusia 9 tahun

Umur

Peringkat

Testosteron (% Maksima)

Hormon Tumbesaran

(% Maksima)

Tambah Kekuatan

Tambah Otot

9-12

Ketinggian mula bertambah, boleh mencecah setinggi 2 inci setiap tahun. Testicle dan Scrotum mula berfungsi

10%

100%

Sedikit

Susah

12-13

Ketinggian bertambah, boleh mencecah setinggi 3 inci setiap tahun. Badan mula kurang lemak disebabkan lemak kanak-kanak mula terbakar. Badan mula menunjukkan tanda kematangan seperti tumbuh bulu.

75%

85%

Boleh

Susah

13-14

Ketinggian bertambah, boleh mencecah setinggi 3 inci setiap tahun. Bulu makin menebal. Perubahan suara.

90%

80%

Boleh

Boleh

14-15

Ketinggian meningkat setinggi 4 inci setahun. Buku ketiak dan muka mula tumbuh. Jerawat mula naik.

100%

75%

Meningkat

Meningkat

15-18

Ketinggian naik tapi mula berkurangan. Pertambahan secara semulajadi otot tanpa latihan bebanan. Badan mula berbulu.

100%

60%

Terbaik

Terbaik

18-20

Ketinggian meningkat tetapi semakin perlahan.

100%

50%

Terbaik

Terbaik

20-35

Dewasa

100%

25%

Terbaik

Terbaik

35-60

Masa tua

80%

10%

Menurun

Kurang

Guiliano Stroe
Guiliano Stroe

Rujukan
http://www.mayoclinic.com/health/strength-training/HQ01010

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: